Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan lori

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Wan Alwi di sini, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 20-an itu semasa kejadian menunggang motosikal berkuasa tinggi dan berlanggar dengan lori terbabit sekitar jam 11.33 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahka­n kejadian tersebut.

“Impak kemalangan tersebut menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ?? ?? TRAGIK: Ahli keluarga mangsa turut hadir di lokasi kejadian selepas menerima berita kemalangan tersebut.
TRAGIK: Ahli keluarga mangsa turut hadir di lokasi kejadian selepas menerima berita kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia