Utusan Borneo (Sarawak)

Lima acara menarik pada Sambutan Hari Sarawak di Stadium Tertutup Sibu, 22 Julai

-

SIBU: Lima acara menarik merangkumi persembaha­n teater muzikal, nyanyian dan tarian akan mewarnai Sambutan Hari Sarawak 2022 di Stadium Tertutup Sibu pada 22 Julai depan bermula jam 7.30 malam.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kesemua acara tersebut disusun atur oleh Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) selaku penganjur utama.

“Acara pertama ialah persembaha­n teater muzikal Rosli Dhobi. Teater muzikal ini menyingkap kisah hidup dan keperibadi­an pejuang kemerdekaa­n bernama Rosli Dhobi yang tidak pernah dibicaraka­n.

“Acara kedua melibatkan lagu khas Hari Sarawak 2022. Muzik bersifat universal tanpa mengira sempadan waktu dan latar. Melalui muzik disampaika­n mesej kemanusiaa­n, kecintaan dan keharmonia­n. Muzik juga mampu menyatukan.

“Bagi tujuan itu, kita ciptakan sebuah lagu khas bersifat patriotik bertujuan untuk menyentuh jiwa rakyat Sarawak dan seterusnya membangkit­kan semangat cintakan Sarawak dalam kalangan rakyat Sarawak,” ujarnya pada sidang media Sambutan Hari Sarawak 2022 di sebuah hotel di sini, semalam.

Fatimah berkata, acara ketiga ialah video khas Hari Sarawak 2022 yang berjudul ‘The Lost Kingdom of Sarawak.’

Sejarah Sarawak katanya, sering diperkatak­an hanya bermula ketika zaman pemerintah­an Kerajaan Brunei dan Pemerintah­an Keluarga Brooke selama 100 tahun di bumi Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Kingdom.

“Namun hakikatnya ada lima Kerajaan Kuno Sarawak suatu waktu dahulu. Kerajaanke­rajaan kuno ini adalah Kerajaan Negeri Santubong, Kerajaan Negeri SamarahanS­adong, Kerajaan Negeri Kalaka, Kerajaan Negeri Saribas dan Kerajaan Negeri Malano.

“‘The Lost Kingdom of Sarawak’ merupakan permulaan peradaban dan ketamaduna­nbangsaSar­awak yang diwarisi sehingga kita mampu berkerajaa­n sendiri pada tanggal 22 Julai 1963 setelah sekian lama di bawah pemerintah­an kolonial. Video ini akan memaparkan transisi Sarawak ke arah Sarawak moden pada masa sekarang,” jelasnya.

Menyentuh mengenaiac­ara keempat, Fatimah berkata, ia melibatkan persembaha­n tarian ‘Thousand Hand, Thousand Hope’ yang memaparkan tentanghar­apan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan negeri.

“Dan acara terakhir ialah persembaha­n artis tempatan dan artis terkenal tanah air,” ujarnya sambil menambah, persembaha­n bunga api juga akan diadakan di Dataran Tuanku Bujang.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat memberitah­u, jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk menghadiri program tersebut adalah mengikut kapasiti stadium iaitu 800 orang.

“Selainitu, pihak penganjur juga akan menyediaka­n skrin di Dataran Tuanku Bujang untuk membolehka­n orang ramai yang tidak berpeluang hadir menyaksika­n kemeriahan sambutan tersebut,” katanya.

Persembaha­n pada malam itu yang dijangka berlangsun­g selama satu jam setengah juga akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

 ?? ?? MERIAHKAN BERSAMA: Fatimah (tengah) bersama yang lain menunjukka­n poster sambutan Hari Sarawak 2022 di Sibu, semalam.
MERIAHKAN BERSAMA: Fatimah (tengah) bersama yang lain menunjukka­n poster sambutan Hari Sarawak 2022 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia