Utusan Borneo (Sarawak)

Penjenayah tegar dicekup lagi kerana curi motosikal dan besi

‘Boy’ yang gagal lolos mempunyai 22 rekod jenayah lampau

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang lelaki dikenali dengan panggilan ‘Boy’ yang disyaki dalang kes kecurian motosikal dan besi di Kota Sentosa berjaya diberkas polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 28 tahun dari Kampung Semerah Padi itu ditangkap di Jalan Tapang sekitar jam 3.15 petang.

Menurutnya, suspek terdahulu dilihat seorang diri di kaki lima sebuah bangunan kosong dalam keadaan mencurigak­an oleh anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kota Sentosa.

“Anggota operasi kemudian bertindak menahannya untuk membuat pemeriksaa­n, namun suspek bertindak melarikan diri ke dalam semak sebelah bangunan.

“Berlaku pergelutan semasa pihak polis melaksanak­an tangkapan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Tambahnya, suspek juga mengaku terlibat dalam kes

“Suspek mengaku melakukan kes kecurian tersebut bersama seorang lagi rakannya yang sudah diberkas polis barubaru ini.

Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad Ketua Polis Daerah Padawan

kecurian motosikal dan curi besi di sebuah stesen minyak di Jalan Batu 6.

“Suspek mengaku melakukan kes kecurian tersebut bersama seorang lagi rakannya yang sudah diberkas polis baru-baru ini,” katanya.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Jelasnya, suspek mempunyai 22 rekod jenayah lampau iaitu 18 kes jenayah, dua kes dadah dan dua lagi kes jenayah komersial.

“Sebarang maklumat berhubung suspek boleh disalurkan terus kepada pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya.

 ?? ?? TUMPAS: Suspek berjaya ditangkap selepas gagal melarikan diri.
TUMPAS: Suspek berjaya ditangkap selepas gagal melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia