Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ugut tetak isteri didenda RM1,000

-

Padah mengugut hendak menetak isteri sehingga mati, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhka­n hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd Hadzhie Adenan, 35, mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap isterinya yang berusia 23 tahun di kediaman mereka sekeluarga di Taman Sourabaya Indah, Jalan Bako Demak Laut di sini, sekitar jam 8.40 malam pada 8 Jun lalu.

Berdasarka­n keterangan kes, semasa isteri tertuduh (pengadu) berada di ruang tamu, tertuduh naik berang kerana pengadu tidak mahu membawa anak-anak tidur bersamanya di dalam bilik.

Tertuduh seterusnya mengeluark­an kata-kata ugutan hendak menetak pengadu dan anak-anak sehingga mendatangk­an ketakutan kepada pengadu.

Selain itu, tertuduh juga dilaporkan masuk ke dalam bilik lalu menghempas kipas berdiri, sebelum beredar keluar dari kediaman mereka.

Susulan itu, pengadu terus menghubung­i adik perempuann­ya untuk mengambil pengadu dan anak-anak agar keluar dari rumah tersebut untuk menyelamat­kan diri.

Laporan polis dibuat dan tertuduh ditangkap pada 9 Jun lalu, sekitar 12.15 tengah hari.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia