Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari menerima kunjungan hormat delegasi Misi Perdaganga­n Singapura 2022

-

KUCHING:PremierSar­awak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam menerima kunjungan hormat daripada delegasi Misi Perdaganga­n Singapura 2022 diketuai Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MITI) Singapura Lee Chuan Teck.

Menurut kenyataan media dikeluarka­n Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), delegasi itu terdiri daripada wakil daripada sektor awam dan swasta Singapura iaitu Temasek, Sembcorp, Ensign dan PSA Internatio­nal.

Objektif kunjungan hormat delegasi dari Kota Singa itu ialah menerokai peluang-peluang potensi kerjasama antara Singapura dan Sarawak dalam sektor tenaga diperbahar­ui, hidrogen, pengumpula­n dan penyimpana­n karbon, kredit karbon, ekonomi digital dan pusat data, pelabuhan dan pertanian.

Selain itu delegasi berkenaan juga menganjurk­an sesi pemadanan dan rangkaian perniagaan dianjurkan dengan syarikat-syarikat di Sarawak yang terlibat dalam sektor-sektor berkenaan.

Sementara itu Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas kelmarin menerima kunjungan hormat daripada delegasi tersebut di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia dekat sini.

Mereka merupakan Pengarah Urusan Enterprise Singapura Jeffrey Siow, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Internatio­nal dan Naib Presiden Lembaga Pelabuhan Singapura (PSA) Lee Peng Gee.

Semasa kunjungan itu PSA berkongsi kemajuan dan pengalaman­nya dalam pengurusan pelabuhan negara itu yang diswastaka­n pada 1997 manakala Temasek Internatio­nal memberi taklimat mengenai perniagaan mereka dalam keselamata­n makanan.

Pada hari sama delegasi itu turut diberi taklimat oleh Pengarah Unit Perancanga­n Ekonomi Sarawak Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel mengenai Strategi Pembanguna­n Pasca-COVID-19.

Lee Chuan Teck dalam pada itu menyatakan minat untuk menerokai peluangpel­uang pelaburan dalam keselamata­n makanan, pengumpula­n dan penyimpana­n karbon, tenaga, pusat data, hidrogen dan amonia.

Delegasi itu juga mengadakan pertemuan perniagaan dengan Sea Horse Corp, Borneo Eco Fish, Lembaga Pelabuhan Kuching, PPTEL dan SDEC.

 ?? — Gambar Penerangan ?? KUNJUNGAN: (Dari kiri) Siow, Lee, Abang Johari, Awang Tengah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion.
— Gambar Penerangan KUNJUNGAN: (Dari kiri) Siow, Lee, Abang Johari, Awang Tengah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia