Utusan Borneo (Sarawak)

Gawai disambut pelbagai kaum seperti keluarga besar

Sambutan perayaan yang pelbagai di Malaysia termasuk Gawai berjaya menyatukan masyarakat pelbagai kaum

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Sambutan perayaan Gawai di Sarawak bukan hanya diraikan masyarakat Dayak sebaliknya kaum lain turut menyambutn­ya bersama seperti sebuah keluarga besar.

Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.74 Pujut Masni Amit berkata, perayaan yang pelbagai di Malaysia termasuk Gawai telah berjaya menyatukan masyarakat pelbagai kaum.

“Perayaan Gawai Dayak sudah terbukti bukan sahaja mampu mempromosi­kan budaya masyarakat Dayak kepada masyarakat lain, malah ia dapat mengukuhka­n lagi ikatan perpaduan antara kaum demi kesejahter­aan bersama,” katanya.

Masni berkata demikian mewakili Ketua Cawangan PBB N74 Pujut Lukanisman Awang Sauni pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak anjuran PBB N74 Pujut, malam kelmarin.

Menurutnya, perpaduan kaum amat penting bagi mewujudkan negara yang aman dan harmoni.

“Kita harus bersyukur kerana negara kita didiami pelbagai kaum dan tidak pernah berlaku pertelingk­ahan kaum sama ada dari segi agama mahupun budaya,” jelasnya.

Sehubungan itu, untuk mengekalka­n kesejahter­aan ini, setiap masyarakat harus berganding bahu dan bersatu membangunk­an

“Perayaan Gawai Dayak sudah terbukti bukan sahaja mampu mempromosi­kan budaya masyarakat Dayak kepada masyarakat lain, malah ia dapat mengukuhka­n lagi ikatan perpaduan antara kaum demi kesejahter­aan ” bersama. Masni Amit Timbalan Ketua PBB N.74 Pujut

Sarawak demi kesenangan semua.

“Sebab itu kita di N74 Pujut menganjurk­an Hari Gawai Dayak bagi meraikan ahli PBB kita yang berbangsa Dayak demi memupuk kerjasama dan perpaduan,” tegasnya.

Tambahnya, dengan populasi masyarakat Dayak yang besar, jadi kerjasama dengan masyarakat lain amat mustahak untuk sama-sama menikmati kemajuan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

“Dengan kerjasama sebagai satu pasukan dan keluarga dalam haluan politik yang sama, kita percaya perpaduan dan kesalingfa­haman ahli PBB pelbagai kaum akan bertambah kukuh,” ujarnya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Cawangan PBB N74 Pujut Ngadan Melintang, Setiausaha Cawangan PBB

N74 Abin Galleh, Bendahari Cawangan PBB N74 Pujut Kamarudin Reduan dan Ketua Penerangan Cawangan PBB N74 Pujut Raji Karti.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Masni (duduk, tiga kiri) bersama ahli PBB N74 Pujut merakam kenangan pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak anjuran PBB N74 Pujut, malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Masni (duduk, tiga kiri) bersama ahli PBB N74 Pujut merakam kenangan pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak anjuran PBB N74 Pujut, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia