Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk pelbagai kaum diseru terus kukuhkan hubungan

-

Penduduk pelbagai kaum di bahagian ini diseru terus mengukuhka­n hubungan baik antara mereka serta saling hormat menghormat­i bagi memastikan keharmonia­n dan keamanan di bahagian dan negeri ini terus terpelihar­a.

Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Dato Pengiran Daud Pengiran Putera berkata, masyarakat pelbagai kaum yang ada di Bintulu perlu mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara mereka tanpa mengira kaum, budaya dan agama.

Katanya, mereka juga perlu saling hormat menghormat­i bagi mengekalka­n keamanan yang telah wujud dan terpelihar­a sejak sekian lama.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ngiling Bidai di Rumah Saong Jelani, Nanga Kemena Kuala Tatau pada Isnin.

Kehadiran beliau pada majlis itu disambut meriah Tuai Rumah Saong dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Saong sempena upacara penutupan sambutan Hari Gawai.

Pada masa sama Pengiran Daud berkata, isu keperluan air bersih di rumah panjang tersebut dan sekitar Nanga Kemena akan diatasi susulan jaminan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk melaksanak­an beberapa kerja pembersiha­n tangki bekalan air di kawasan terbabit secepat mungkin.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

Datuk Julaihi Narawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip yang bertindak segera terhadap aduan berkaitan yang dikemukaka­n penduduk.

Tuai Rumah Saong yang mewakili penduduk rumah panjang tersebut mengalualu­kan kehadiran rombongan Pengiran Daud yang turut merasmikan Majlis Ngiling Bidai sempena penutupan sambutan Hari Gawai serta beramah mesra dengan penduduk di rumah panjang tersebut dan penduduk sekitar Nanga Kemena.

 ?? ?? MESRA: Pengiran Daud (dua kanan) bersalaman dengan penduduk setempat setibanya di Rumah Saong.
MESRA: Pengiran Daud (dua kanan) bersalaman dengan penduduk setempat setibanya di Rumah Saong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia