Utusan Borneo (Sarawak)

KKMG adakan kunjungan hormat ke Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am

-

Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am pagi kelmarin.

Rombongan KKMG yang diketuai Pengarah KKMG Shirley Phillip telah disambut Komander Briged Sarawak, PGA SAC Dr Che Ghazali Che Awang, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Sarawak Siti Nabihan Che Abdullah serta pegawaipeg­awai kanan polis.

Menurut Shirley, tujuan kunjungan tersebut adalah atas jemputan komander di samping untuk memperluas­kan jaringan kerjasama khususnya berkaitan program-program kursus pendek yang diminta dan ditawarkan oleh KKMG pada masa akan datang.

Terdahulu, Shirley telah memberi penerangan berkaitan peranan kolej komuniti dan menerangka­n serba sedikit berkaitan kursus sepenuh masa dan kursus pendek yang ditawarkan di kolej tersebut.

Beliau juga amat terharu atas undangan daripada Briged Sarawak (PGA) dalam usaha berkolabor­atif dengan KKMG untuk menganjurk­an kursus-kursus pendek yang merupakan strategi untuk memperkasa modal insan serta menghasilk­an bakat berdaya saing dalam kalangan anggota PGA dan PERKEP.

Berkaitan isu tersebut, Ghazali telah memberi cadangan agar pihak Briged bersedia menghantar aggotanya untuk mengikuti kursus-kursus pendek yang ditawarkan di KKMG kerana kursus-kursus yang disediakan amat membantu untuk meningkatk­an ilmu pengetahua­n, kemahiran serta membuka peluang dalam perniagaan untuk keluarga anggota mahupun anak-anak anggota di samping meningkatk­an sosioekono­mi mereka.

“Kursus seperti Kursus Pengendali­an Makanan, Penanaman Cendawan dan sebagainya merupakan kursus yang amat banyak permintaan pada masa sekarang dan berharap pihak kolej bersedia sebagai pemudah cara serta bersedia menyediaka­n kursus-kursus yang lebih relevan lagi mengikut situasi terkini dengan permintaan yang menggalakk­an daripada golongan ibu bapa, belia serta masyarakat setempat.

“Bagi Program Sepanjang

Hayat (PSH) atau kursuskurs­us pendek, PGA akan bersedia bekerjasam­a dengan pihak kolej untuk membantu dalam menjayakan program-program yang dianjurkan pada masa akan datang dan kita akan berusaha mencari ruang dan peluang berkolabor­atif supaya manfaat daripada kursus ini dapat dicapai dengan jayanya,” ujar beliau.

Beliau juga menambah, dalam usaha kerajaan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara, perkara utama yang harus diberi perhatian adalah penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat setempat. kolej komuniti merupakan aset kerajaan yang menjadi platform untuk sebaran ilmu kepada seluruh komuniti setempat bagi memperting­katkan pengetahua­n mereka dalam pelbagai cabang ilmu berbentuk kemahiran serta menjana ekonomi apabila mereka bersara nanti.

Turut menyertai rombongan tersebut adalah Ketua Unit Pembelajar­an Sepanjang Hayat KKMG Lenny Lai Mei Lan, Pegawai Pengambila­n Pelajar Stephnanie Annie Tupi dan Pegawai Penerangan Petrus Ngalih Tingi.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Ghazali (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Shirley (tiga kiri) sambil disaksikan Siti Nabihan.
TANDA INGATAN: Ghazali (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Shirley (tiga kiri) sambil disaksikan Siti Nabihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia