Utusan Borneo (Sarawak)

KUTAR menganjurk­an Hari Terbuka, 16 hingga 26 Jun

-

Sempena pengambila­n tahun 2022, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) akan menganjurk­an Hari Terbuka di semua kampus KUTAR di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah setiap hari bermula dari 16 hingga 26 Jun 2022 jam 10 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam ibu bapa dan para pelajar dijemput hadir ke Hari Terbuka KUTAR untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan; bermula dari tahap pengajian Pra-Universiti, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana sehingga Doktor Falsafah.

Katanya, kakitangan akademik KUTAR juga sedia membantu para pelawat untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai program-program yang ditawarkan di KUTAR.

Permohonan yang diterima pada Hari Terbuka akan dikecualik­an daripada yuran pemprosesa­n.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-4145 0100/23, sambungan 3478/3519 atau 011 - 1084 3326 atau layari laman web kami di www.tarc.edu.my.

 ?? ?? HARI TERBUKA: Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman akan menganjurk­an Hari Terbuka di semua kampusnya.
HARI TERBUKA: Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman akan menganjurk­an Hari Terbuka di semua kampusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia