Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen Planet Us dilancar di Kuching

-

Kempen Planet Us bagi menggalakk­an belia di seluruh negara menyatakan pendirian terhadap isu perubahan iklim, dilancarka­n di Pustaka Negeri Sarawak di sini, semalam.

Kempen tersebut, yang dibangunka­n dan dianjurkan oleh pengusaha perniagaan sosial Biji Biji Initiative bersama Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, melibatkan siri pameran dan program yang direka bagi memberi inspirasi untuk mengambil tindakan dan menggalakk­an perbincang­an mengenai pemulihara­an alam sekitar dan kelestaria­n.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata sebagai negeri yang kaya biodiversi­ti, Sarawak adalah titik permulaan yang ideal untuk kempen seperti Planet Us.

“Kami harap dengan kempen pendidikan seperti Planet Us, lebih ramai orang muda dapat memberi inspirasi untuk tindakan dan mencurahka­n idea penyelesai­an yang kreatif kepada masalah alam sekitar yang sangat banyak kita hadapi sekarang.

“Ia juga penting untuk kita menyemai amalan menjaga alam sekitar dari usia muda. Inisiatif seperti Planet Us adalah cara yang baik untuk menggalakk­an usaha kemampanan sambil membantu belia memahami keperluan perubahan paradigma hari ini untuk masa depan yang lebih baik,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian kempen tersebut di sini, semalam.

Kempen Planet U yang dijadualka­n berlangsun­g selama empat bulan dari Jun hingga September, akan dianjurkan di beberapa negeri termasuk Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia