Utusan Borneo (Sarawak)

BPJKK IPD Miri jayakan Hari Bersama Pelanggan

-

Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mengadakan Hari Bersama Pelanggan di Dewan Ruai Kenyalang IPD Miri di sini, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Polis Daerah Miri, ia dihadiri temenggung, pemanca, ketua kaum, jawatankua­sa penduduk dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sini.

“Program ini diadakan bagi menjalin kerjasama dengan ketua-ketua masyarakat, jawatankua­sa penduduk dan ahli KRT dalam usaha bersama mengekang dan mencegah jenayah di daerah Miri daripada berlaku.

“Selain itu, melalui program ini, polis dapat mendengar dan mengambil tindakan ke atas isu-isu sosial dan maklumat jenayah yang diajukan hadirin melalui sesi soal jawab,” menurut hantaran tersebut.

Antara lain, Hari Bersama Pelanggan ini merupakan satu platform bagi menggalakk­an dan membina jalinan kerjasama yang erat antara polis dengan ketua-ketua masyarakat.

“Hadirin dapat berinterak­si secara terus melalui dialog dengan lebih terperinci, memastikan maklumat tentang isu-isu jenayah, dadah, trafik, jenayah komersial dapat disebarkan secara menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat sekali gus mewujudkan semangat ambil peduli dalam usaha bersama mencegah jenayah,” menurut hantaran tersebut.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, Timbalanny­a Superinten­den Mohd Sabri Zainol dan ketua-ketua bahagian IPD Miri.

 ?? ?? DIALOG: Hadirin mengambil kesempatan dalam program tersebut berkongsi dengan pihak polis mengenai isu-isu sosial yang berlaku di kawasan setempat.
DIALOG: Hadirin mengambil kesempatan dalam program tersebut berkongsi dengan pihak polis mengenai isu-isu sosial yang berlaku di kawasan setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia