Utusan Borneo (Sarawak)

Buku ‘Tax Appeals in Malaysia: Law and Practice’ rujukan berkaitan rayuan terhadap taksiran cukai

-

Penerbitan buku ‘Tax Appeals in Malaysia: Law and Practice’ karya Dr Andrew Chew Peng Hui tepat pada masanya sekali gus menjadi rujukan kepada pengamal undang-undang, ahli akademik dan individu yang berminat dengan rayuan terhadap taksiran cukai (tax appeal).

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata, penerbitan berkenaan juga menggunaka­n pendekatan berasaskan kes yang beliau sifatkan sebagai tepat dan berguna.

Menurutnya, ia susulan fakta berkaitan keskes dibincangk­an telah diterbitka­n semula bagi membolehka­n pembaca lebih menghayati isu yang dibangkitk­an pihak litigasi, selain menyelami pendekatan dan keputusan pihak mahkamah mengenai isu tersebut.

“Buku terakhir yang diterbitka­n berhubung subjek serupa (tax appeal) adalah karya James Loh, iaitu Pesuruhjay­a Khas Cukai Pendapatan.

“Bagaimanap­un, ia diterbitka­n pada tahun 1970an atau 1980-an dan mungkin berguna buat masa itu.

“Undang-undang mengenai perkara itu sudah tentu telah berkembang dengan pesat sepanjang setengah abad lalu, terutama menerusi keputusan mahkamah dan campur tangan perundanga­n.

“Justeru, penerbitan buku tersebut adalah tepat pada masanya,” katanya ketika berucap melancarka­n buku berkenaan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Abang Iskandar dalam pada itu juga yakin bahawa buku ini akan diterima baik pengamal undang-undang mengenai aspek pentingnya undangunda­ng cukai, terutama kepada pengamal dan orang awam yang membentuk sebahagian besar pembayar cukai, baik individu mahupun korporat.

“Selain itu, buku berkenaan menunjukka­n pembelajar­an dan keilmuan yang hebat.

“Malah, ia menunjukka­n ketabahan pengarang yang cekal dalam melaksanak­an sesuatu kerja.

“Dengan penerbitan buku ini, beliau (Dr Andrew) telah berlaku adil terhadap minatnya dan juga kepada dirinya sendiri,”katanya.

Buku ‘Tax Appeals in Malaysia: Law and Practice’ karya peguam tempatan itu telah diterbitka­n di pasaran sejak Oktober 2021 namun hanya dilancarka­n pada tahun ini susulan kekangan wabak COVID-19.

Ia boleh didapati dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) dan menerusi buku elektronik (eBook).

Antara lainnya, buku ini membincang­kan pejabat Pesuruhjay­a Khas Cukai Pendapatan,maksudpeni­laian cukai, prosedur untuk rayuan kepada Pesuruhjay­a Khas dan pada pendengara­n serta rayuan kepada Mahkamah Tinggi daripada Pesuruhjay­a Khas.

Pelancaran buku tersebut turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua, Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong, peguam Chong Siew Chiang dan wakil penerbit iaitu Country Head Thomson Reuters/Sweet & Maxwell Malaysia Girish Kamat.

Turut hadir Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Nixon Kennedy Kumbong serta pengamal undang-undang lain.

 ?? Rais Sanusi — Gambar Muhammad ?? RUJUKAN: (Dari kiri) Uggah, Abang Iskandar dan Dr Andrew masing-masing menunjukka­n buku ‘Tax Appeals in Malaysia: Law and Practice’. Turut kelihatan, Girish (kanan).
Rais Sanusi — Gambar Muhammad RUJUKAN: (Dari kiri) Uggah, Abang Iskandar dan Dr Andrew masing-masing menunjukka­n buku ‘Tax Appeals in Malaysia: Law and Practice’. Turut kelihatan, Girish (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia