Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama pengusaha makanan amat penting untuk kekalkan imej baik bandar raya Miri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam mengingatk­an pengusaha makanan tentang kepentinga­n aspek keselamata­n makanan serta amalan mereka dalam menjaga kebersihan premis perniagaan dan persekitar­an mereka.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, kerjasama daripada pengusaha makanan amat penting untuk mengekalka­n imej baik bandar raya Miri khususnya dalam kalangan pengunjung.

“Semasa perhimpuna­n bersama Persatuan Kedai Kopi Miri baru-baru ini, saya juga telah menyatakan kepada mereka tentang keperluan menjaga kebersihan premis dan kebersihan makanan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam ketika ditemui selepas merasmikan program Hari Terbuka Kesihatan Awam dan Sambutan Hari Keselamata­n Makanan Sedunia 2020 anjuran MBM.

“Apatah lagi industri pelanconga­n kita kini kembali ke landasanny­a semula selepas dua tahun terjejas akibat pandemik COVID-19 dan kita menjangkak­an lebih ramai warga asing berkunjung ke bandar raya Miri.

“Oleh sebab itu pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang dihidangka­n mereka bersih dan selamat,” katanya. Yii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut berkata, MBM akan terus bekerjasam­a rapat dengan jabatan kesihatan bagi memastikan pengusaha makanan mematuhi syarat keselamata­n makanan.

Ini kerana katanya, terdapat beberapa aspek keselamata­n makanan di bawah bidang kuasa jabatan kesihatan.

Selain itu, beliau akan meminta bahagian kesihatan awam MBM mengadakan lebih banyak latihan dan

“Semasa perhimpuna­n bersama Persatuan Kedai Kopi Miri baru-baru ini, saya juga telah menyatakan kepada mereka tentang keperluan menjaga kebersihan premis dan kebersihan makanan.

Adam Yii Datuk Bandar MBM

sesi taklimat berkaitan aspek keselamata­n makanan.

Mengenai hari terbuka tersebut Yii berkata, acara itu merupakan inisiatif Seksyen Kesihatan Awam MBM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Miri untuk menyebarka­n kesedaran orang ramai tentang keselamata­n dan kebersihan makanan dalam kalangan pengusaha dan pengendali makanan di Miri.

“Justeru ia merupakan acara kesihatan yang pertama diadakan sempena Hari Keselamata­n Makanan

Sedunia 2022 yang disambut di seluruh dunia pada 7 Jun setiap tahun.

“Konsep program ini adalah untuk mengadakan penglibata­n dengan komuniti kita, khususnya pengusaha yang bekerja dalam industri makanan dan minuman, penjaja makanan, pengusaha makanan di rumah dan penghantar makanan,” katanya.

Beliau memberitah­u, objektif utamanya adalah untuk memastikan semua peserta memahami kepentinga­n kebersihan diri dalam penyediaan makanan dan mengamalka­n pengendali­an makanan yang selamat, bukan sahaja di premis-premis makanan dan restoran tetapi juga di rumah.

“Selain itu, kita berharap dalam program ini semua pengurus premis, pemilik dan pengusaha makanan di bandar raya Miri mematuhi syarat pelesenan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya yakin program kesihatan seperti ini akan menjadi pembuka jalan ke arah lebih menjayakan kerjasama antara PBT khususnya MBM dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, sambil berharap agar lebih banyak usaha bersama antara MBM dengan agensi dan sektor lain pada masa depan,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Eraou Batang, Pegawai Epidemiolo­gi Bahagian Miri Dr Wong Khung Ying, Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohamad dan Pemangku Setiausaha Bandaraya Abdul Rahman Taupek.

 ?? ?? SELAMAT: Yii (tiga kanan) bersama Dr Wong (empat kanan) ketika melawat salah satu gerai yang dipamerkan sempena Hari Terbuka Kesihatan Awam dan Sambutan Hari Keselamata­n Makanan Sedunia 2022 di Dewan Bandaraya Miri semalam.
SELAMAT: Yii (tiga kanan) bersama Dr Wong (empat kanan) ketika melawat salah satu gerai yang dipamerkan sempena Hari Terbuka Kesihatan Awam dan Sambutan Hari Keselamata­n Makanan Sedunia 2022 di Dewan Bandaraya Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia