Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat bawah rumah dua tingkat terbakar

-

Sebuah rumah di Lorong Celamatis 3, Jalan Pujut 8C, di sini nyaris musnah selepas tingkat bawahnya dijilat api dalam kejadian semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit kira-kira jam 3.55 petang.

“Maklumat awal daripada pengadu memaklumka­n asap berkepul dari bahagian bawah rumah dua tingkat itu dan penghuni tiada di rumah.

“Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ditugaskan ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari balai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata, setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal dengan anggaran kemusnahan 70 peratus tingkat bawah.

“Setelah melakukan pemeriksaa­n dan tidak melibatkan mangsa, pasukan bomba kemudian memadam kebakaran menggunaka­n dua aliran salur bantu mula sehingga api padam.

“Setelah api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiada kemungkina­n untuk api marak semula, operasi ditamatkan kira-kira jam 5 petang,” ujarnya.

 ?? ?? HANGUS: Keadaan bahagian tingkat bawah rumah tersebut yang musnah akibat kebakaran di Lorong Celamatis 3, Jalan Pujut 8C semalam.
HANGUS: Keadaan bahagian tingkat bawah rumah tersebut yang musnah akibat kebakaran di Lorong Celamatis 3, Jalan Pujut 8C semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia