Utusan Borneo (Sarawak)

Yii serah kepada pucuk pimpinan SUPP tentang pelanjutan tempoh berkhidmat

-

Tempoh perkhidmat­an bagi datuk bandar Miri, timbalan datuk bandar dan seramai 28 ahli majlis Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan tamat pada 30 Jun ini.

Datuk Bandar Adam Yii ketika mengesahka­n perkara itu berkata, isu berkaitan pelantikan penggal baharu bagaimanap­un adalah di luar pengetahua­nnya.

“Senarai nama datuk bandar, timbalan datuk bandar dan ahli majlis diserahkan oleh parti politik masing-masing dan ia bukan daripada MBM,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka Kesihatan Awam dan Sambutan Hari Keselamata­n Makanan Sedunia 2022 di Dewan Bandaraya Miri semalam.

Yii yang juga ADUN Pujut berkata, MBM menjangkak­an beberapa muka baharu dijangka dilantik dalam barisan ahli majlis kelak.

Menjawab soalan mengenai kerusi datuk bandar beliau berkata, itu terpulang kepada pucuk pimpinan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk membuat keputusan.

“Saya tidak tahu, terpulang kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya bersedia berkhidmat jika mereka terus memberi saya kepercayaa­n untuk berkhidmat sebagai datuk bandar Miri,” tambahnya.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 lalu, Yii yang bertanding di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraikan kemenangan­nya dengan merampas semula kerusi DUN Pujut daripada pembangkan­g, selepas memperoleh majoriti 1,566 undi.

Beliau yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan SUPP merangkap Pengerusi SUPP Cawangan Pujut berjaya memenangi hati pengundi untuk mengembali­kan kerusi Pujut ke pangkuan SUPP selepas parti itu kehilangan kerusi itu selama dua penggal kepada pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia