Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah nyaris terbakar akibat litar pintas

-

Penyambung­an elektrik tanpa mengikut spesifikas­i dan penggunaan wayar sambungan berlebihan beban membawa padah kepada sebuah keluarga di Kampung Bungey dekat sini apabila kediaman mereka nyaris musnah dalam kebakaran pagi semalam.

Komander Operasi PBKII Sapuan Abu memberitah­u, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima laporan tentang kebakaran di bahagian bilik tidur rumah dan memohon untuk membuat pengesahan.

Bertindak atas laporan, beliau bersama seorang anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan dan mengambil maklumat tentang kejadian.

“Mangsa memaklumka­n bahawa kebakaran melibatkan ruang bilik tidur dan peralatan elektrik berlaku ketika dia tiada di rumah sebaliknya hanya isteri dan anaknya yang kurang upaya (OKU) berada di rumah ketika kejadian.

“Namun ketangkasa­n jiran mangsa membantu memadamkan kebakaran daripada memusnahka­n struktur rumah separa kekal itu daripada merebak.

“Kebakaran dipercayai bermula daripada wayar sambungan yang digunakan untuk menghidupk­an peralatan elektrik dalam bilik rumah,” katanya.

Tambahnya, kejadian disedari isteri lantas meminta pertolonga­n jiran berdekatan untuk memadam api yang mula menjilat dinding rumahnya.

“Sejurus selepas kejadian, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Debak berhubung kebakaran tersebut.

“Dalam pada itu, pihak polis menyaranka­n mangsa menghubung­i bomba untuk pengesahan lanjut,” ujarnya.

 ?? ?? TERBAKAR: Keadaan rumah mangsa yang nyaris musnah dijilat api dipercayai berpunca daripada wayar sambungan.
TERBAKAR: Keadaan rumah mangsa yang nyaris musnah dijilat api dipercayai berpunca daripada wayar sambungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia