Utusan Borneo (Sarawak)

PGA Miri tumpaskan cubaan seludup rokok dan bir

-

Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup 960,000 batang rokok putih dan 926,798.4 liter bir pelbagai jenama hasil serbuan dan pemeriksaa­n di lokasi sekitar Taman Bumiko di sini, pagi kelmarin.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata, serbuan dan pemeriksaa­n menerusi Ops Kontraban dijalankan sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 12 PGA Miri kira-kira jam 11.30 pagi.

“Dalam serbuan yang dijalankan, pasukan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut menemui sebanyak 4,800 karton atau 960,000 batang rokok putih dan 137 karton atau 926,798.4 liter bir pelbagai jenama yang disimpan di dalam stor penyimpana­n barang dan sebuah kenderaan,” katanya dalam kenyataan media.

Che Ghazali menjelaska­n, anggaran nilai keseluruha­n rampasan termasuk cukai berjumlah RM767,612.20 merangkumi nilai rampasan rokok sebanyak RM720,000 dan nilai rampasan bir sebanyak RM22,612.20 serta sebuah kenderaan bernilai RM25,000.

Menurutnya tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu beliau berkata, secara keseluruha­nnya sepanjang pengoperas­ian Ops Kontraban yang dilaksanak­an sejak awal tahun hingga 15 Jun, Briged Sarawak PGA telah mencatatka­n kejayaan bernilai RM20.09 juta.

Ia merekodkan sebanyak 49 kes yang melibatkan jumlah tangkapan seramai 62 orang terdiri daripada 55 lelaki, tiga wanita warga tempatan dan empat lelaki warga asing serta rampasan 32 kenderaan pelbagai jenis.

 ?? ?? HASIL OPERASI: Batalion 12 PGA Miri merampas rokok dan bir pelbagai jenama hasil serbuan dan pemeriksaa­n di Taman Bumiko.
HASIL OPERASI: Batalion 12 PGA Miri merampas rokok dan bir pelbagai jenama hasil serbuan dan pemeriksaa­n di Taman Bumiko.
 ?? ?? YII
YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia