Utusan Borneo (Sarawak)

JKKN anjur Festival Kesenian Rakyat Kelate tiga hari

-

JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan akan menganjurk­an Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2022 di Pantai Geting, Tumpat, selama tiga hari mulai hari ini.

JKKN dalam kenyataan semalam berkata FKRK 2022 kembali menemui masyarakat Kelantan khasnya, serta pengunjung luar Kelantan, setelah tidak dapat dilaksanak­an pada 2020 akibat penularan wabak COVID-19, dan dianjurkan secara dalam talian tahun lepas.

“Pelbagai pengisian dan program menarik menanti pengunjung antaranya pertanding­an Battle Of The Bands, mewarna dan pertanding­an Akhir Dikir Barat FKRK serta pelbagai permainan tradisiona­l dan sukan rakyat,” menurut kenyataan itu.

JKKN berkata selain itu pelbagai persembaha­n seni, pameran dan gerai jualan serta program interaktif juga diadakan sepanjang tiga hari festival itu berlangsun­g.

“Pada malam Gala FKRK 2022 (18 Jun) akan diadakan persembaha­n apresiasi gendang Kelantan yang menggabung­kan alatan muzik tradisiona­l seperti Rebana Ubi, Gendang Panjang Siam, Rebana Kercing dan Rebana Mangkuk iaitu sejenis alat gendang yang diperbuat daripada mangkuk getah, dan kesenian rebana mangkuk ini hanya terdapat di Tanah Merah,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia