Utusan Borneo (Sarawak)

PWP jalin kerjasama dengan media Thailand

-

PERSATUAN Wartawan Perlis (PWP) melakar sejarah tersendiri apabila menandatan­gani nota persefaham­an dengan Persatuan Media Selatan Thailand dalam usaha membina kerjasama membabitka­n kedua-dua wakil media.

PresidenPW­PMohammad Asri Shafii berkata kerjasama dua hala itu adalah titik permulaan bagi mengeratka­n lagi hubungan pengamal media dari kedua-dua negara dari segi pertukaran budaya dan kepakaran dalam bidang kewartawan­an.

“PWP menjunjung kasih kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai kerana berkenan membuka peluang bagi membantu PWP menjalin hubungan dengan media Selatan Thailand,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani nota persefaham­an PWP dan Persatuan Media Selatan Thailand kelmarin.

Perjanjian itu ditandatan­gani oleh Mohammad Asri dan wakil Persatuan Media Selatan Thailand Phiphob dengan majlis disaksikan oleh Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyertai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 Peringkat Negeri Perlis itu turut disertai oleh ketua dan wakil agensi kerajaan di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata, aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama PWP itu adalah bagi meraikan pengamal media di negeri ini disamping turut memberi sumbangan kepada asnaf yang memerlukan.

“Program kayuhan ini dimulakan dengan dengan memberi sumbangan kepada asnaf di kawasan FELCRA Lubuk Sireh dan seterusnya kepada golongan yang memerlukan di kawasan Padang Besar, Thailand. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia