Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan baharu Geran Kandungan Digital 2022 dibuka: Annuar

-

Agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka permohonan baharu untuk Geran Kandungan Digital di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia 2022 (Geran Kandungan Digital 2022) bermula kelmarin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, Geran Kandungan Digital yang diperkenal­kan sejak tahun 2021 itu bertujuan membantu dan menggalakk­an kesinambun­gan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara, selaras dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

“Saya melihat Geran Kandungan Digital 2022 ini sangat penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisas­ikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan. Pencipta kandungan digital memiliki pelbagai idea menarik, tetapi mereka sukar memulai dan mendapatka­n dana.

“Justeru saya yakin melalui Geran Kandungan Digital 2022 ini, MDEC bukan sahaja menyediaka­n akses kepada pembiayaan malah membantu mereka dalam penghasila­n kandungan digital yang boleh dipasarkan kerana idea mereka akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada pakar industri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Geran Kandungan Digital 2022 menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsia­n liabiliti terhad (LLP) untuk membangunk­an kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.

Annuar berkata, pemohon terpilih akan dijemput ke sesi pembentang­an yang dijadualka­n pada Ogos, sebelum kelulusan diumumkan menjelang September 2022.

“Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh selama enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital mereka, merangkumi sama ada Filem Animasi Pendek, Episod Pilot, Treler Pendek, kandungan untuk Pengumuman Pesanan Khidmat Awam (PKA), Permainan Digital/ Media Interaktif Lengkap (Demo atau Prototaip) atau Komik Digital/ Komik Bergerak Lengkap,” katanya.

Beliau berkata, tahun lepas, menerusi Geran Kandungan Digital 2021, MDEC telah menerima 111 permohonan dengan sejumlah RM1.9 juta geran telah diluluskan yang memberi manfaat kepada 39 pemohon.

Menurutnya, Geran Kandungan Digital 2022 merupakan sebahagian daripada siri inisiatif pembiayaan yang direka untuk industri kandungan kreatif bagi tahun 2022.

“Industri kandungan kreatif digital merupakan antara industri yang pantas berkembang dan salah satu industri tumpuan di bawah Malaysia Digital. Oleh itu, MDEC komited memastikan industri ini menerima sokongan yang diperlukan untuk kekal berdaya maju, mampan dan kompetitif,” katanya.

Sejak tahun 2016, MDEC telah meluluskan 94 projek bernilai RM36.4 juta kepada syarikat kandungan kreatif digital bagi membiayai idea mereka di peringkat pembanguna­n dan memastikan ia mesra pelabur.

Pendaftara­n untuk Geran Kandungan Digital 2022 kini dibuka sehingga 29 Julai 2022 dan mereka yang berminat boleh melayari https://mdec. my/dcgprisma2­022 untuk maklumat lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia