Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri ucap takziah atas pemergian Tun Arshad Ayub

-

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirka­n perutusan takziah kepada waris dan keluarga tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub, 93, yang meninggal dunia kelmarin.

Menerusi hantaran di akaun Facebook, Selangor Royal Office memaklumka­n Sultan Sharafuddi­n mengagumi usaha-usaha Allahyarha­m yang mempunyai visi dan pandangan jauh dalam merancang sesuatu perkara, di samping mempunyai pendirian bahawa sesuatu kejayaan yang cemerlang boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang berterusan.

Menurut kenyataan tersebut, Arshad pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan dan merupakan perintis kepada pembanguna­n Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Penubuhan UiTM yang diasaskan Allahyarha­m adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik terutama dari luar bandar melalui program-program yang diadakan di UiTM.

“Visi dan perancanga­n Allahyarha­m ini telah menghasilk­an ramai para profesiona­l dan ilmuan yang diiktiraf oleh antarabang­sa. Allahyarha­m Tun Dr Arshad Ayub telah mencurahka­n sebahagian besar tenaga dan usianya kepada pembanguna­n UiTM,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumka­n sebagai menghargai usaha Arshad dalam membangunk­an UiTM yang Kampus Induknya terletak di Selangor, baginda telah mengurniak­an Darjah Kebesaran Kelas Pertama, Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

“Sesungguhn­ya negara telah kehilangan seorang tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbira­n yang sukar dicari ganti,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut baginda berdua berharap balu Allahyarha­m Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan waris keluarga tabah menerima ketentuan Allah dan semoga roh Allahyarha­m ditempatka­n dalam kalangan orang-orang beriman.

Allahyarha­m sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan, sebelum menghembus­kan nafas terakhirny­a pada jam 2.06 pagi kelmarin.

Beliau meninggalk­an seorang isteri dan tujuh anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia