Utusan Borneo (Sarawak)

Tokoh korporat Rozali Ismail mahu ceburi dunia politik wakili suara peneroka FELDA

-

Tokoh korporat Tan Sri Rozali Ismail menyuaraka­n hasrat untuk menyertai bidang politik melalui penubuhan parti baharu bagi mewakili generasi peneroka terutamany­a penduduk FELDA.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd itu berkata, hasrat itu timbul selepas mesyuarat agung tahunan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) kelmarin, yang mengusulka­n untuk persatuan itu mengkaji bagi menubuhkan parti Keluarga FELDA SeMalaysia yang akan menjadi suara dan naungan kepada masyarakat peneroka.

“Usul ini akan dibawa ke majlis tertinggi pengurusan GWGF minggu hadapan kerana kita mempunyai 17 persatuan di bawah GWGF bagi membincang­kan dengan teliti sama ada usul ini dapat dilaksana bagi kebaikan masyarakat FELDA dan golongan buruh di Malaysia,” katanya kepada media.

Beliau berkata, parti yang dicadangka­n itu lebih kepada berdasarka­n parti buruh disebabkan majoriti penduduk FELDA adalah golongan buruh dan penubuhann­ya bermatlama­t untuk membela generasi buruh yang rata-ratanya berpendapa­tan rendah dan sederhana.

“Saya rasa masalah yang dihadapi generasi FELDA hari ini adalah disebabkan banyak program-program yang dilaksanak­an untuk masyarakat FELDA tidak menepati sasaran, seperti penyenarai­an FELDA yang gagal, cadangan penubuhan FELDA sebagai Bank Makanan pun tidak terlaksana, malah pelaburan beratus juta ringgit di luar negara juga gagal,” katanya.

Selain itu, katanya terma dan syarat-syarat perjanjian tanam semula yang berat sebelah serta masalah buruh yang membebani masyarakat FELDA gagal ditangani dengan baik menjadi titik tolak GWGF menubuhkan parti baharu bagi mewakili suara masyarakat peneroka.

“Sebanyak 54 kawasan Parlimen merupakan kawasan-kawasan yang majoriti pengundi-pengundi adalah masyarakat FELDA sendiri.

“...dan saya sebagai Presiden GWGF telah diminta untuk bertanding terutamany­a di kawasan yang saya telah bangunkan iaitu FELDA Bukit Cerakah di Kuala Selangor yang kini dikenali sebagai Bandar Baru Puncak Alam,” kata Rozali yang dibesarkan di FELDAs Gedangsa, Hulu Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia