Utusan Borneo (Sarawak)

JHEAIPP nafi lewat serah buku teks KAFA

-

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menafikan berlaku kelewatan penyerahan buku teks Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di negeri itu seperti didakwa ibu bapa dan tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

JHEAIPP dalam kenyataan berkata proses penghantar­an buku teks KAFA untuk murid-murid di sekolah rendah agama di Pulau Pinang berjalan mengikut jadual dan perancanga­n yang telah ditetapkan.

“Tidak berlaku kelewatan penyerahan kerana ketika ini buku-buku teks KAFA tersebut dalam proses penghantar­an ke sekolah-sekolah dan ia dijangka selesai sebelum akhir bulan ini,” menurut kenyataan itu semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia