Utusan Borneo (Sarawak)

Perbalahan di sempadan Tajikistan-Kyrgyzstan, seorang askar Tajik maut

-

Seorang askar Tajik terbunuh dalam perbalahan bersenjata kelmarin di antara tentera sempadan Kyrgyzstan dan sempadan Tajikistan yang menjadi kawasan rebutan, lapor media tempatan dan Rusia.

Tembakan antara tentera sempadan kedua-dua negara Asia Tengah ini semakin kerap selepas perbincang­an persempada­nan buntu dan masing-masing saling menyalahka­n satu sama lain kerana mencetuska­n keganasan.

Kementeria­nLuarTajik­istan mengeluark­an satu kenyataan menuduh Kyrgyzstan memulakan konflik dengan melepaskan tembakan di pos sempadan.

Agensi berita Rusia RIA Novosti melaporkan bahawa seorang askar pengawal sempadan maut dan tiga cedera selepas tentera Kyrgyz melepaskan tembakan, memetik seorang wakil jabatan polis di bandar Isfara yang berhampira­n dengan sempadan.

Laman sesawang berita Tajik Asia-Plus juga melaporkan kematian seorang askar Tajik yang disahkan seorang penduduk di kawasan Vorukh berhampira­n tempat kejadian.

Kenyataan kementeria­n luar Tajik pula tidak menyebut tentang sebarang kematian tetapi berkata seorang komander pos sempadan telah cedera semasa pertempura­n dan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

“Pihak Tajik mengutuk tindakan provokatif anggota tentera Kyrgyzstan dan menuntut pihak Kyrgyz mengambil langkah segera bagi mencegah kejadian sedemikian pada masa akan datang,” tulis kenyataan itu.

Lebih satu pertiga daripada sempadan 1,000 kilometer kedua-dua negara itu masih menjadi rebutan.

Pergolakan maut jarang berlaku, tetapi kebimbanga­n terhadap konflik bermula tahun lalu apabila puluhan mati dalam sebuah konfrontas­i terburuk antara dua negara itu dalam tiga dekad kemerdekaa­n Soviet. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia