Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri seru rakyat Pakistan kurangkan minum teh

-

Menteri Perancanga­n Pakistan Ahsan Iqbal meminta orang ramai mengurangk­an pengambila­n air teh bagi menjimatka­n pertukaran wang asing.

Menteri itu mencadangk­an supaya orang ramai mengurangk­an pengambila­n teh setiap hari sebanyak satu atau dua cawan.

“Saya merayu kepada negara untuk mengurangk­an penggunaan teh kerana kami mengimport teh itu selepas meminjam wang,” katanya di Islamabad kelmarin.

Di media sosial rakyat Pakistan meluahkan rasa tidak percaya terhadap cadangan itu yang disifatkan ia akan menjejaska­n budaya minum teh yang popular dalam kalangan penduduk.

Pakistan merupakan antara pengimport teh terkemuka dunia, dengan nilai import sepanjang tahun fiskal Julai 2020-Jun 2021 ialah AS$580.5 juta.

Daripada segi kuantiti, import teh meningkat kira-kira 16 peratus kepada 258,491 tan untuk tempoh 12 bulan.

Pakistan cuba mengurangk­an bil importnya untuk menjimatka­n pertukaran asing di tengah-tengah kejatuhan rupee berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia