Utusan Borneo (Sarawak)

Burkina berkabung tiga hari selepas 79 dibunuh kejam

-

Burkina Faso kelmarin memulakan perkabunga­n tiga hari selepas 79 orang mati dalam salah satu pembunuhan beramai-ramai terburuk sepanjang tujuh tahun pemberonta­kan kumpulan pelampau bersenjata.

Kerajaan mengeluark­an angka kematian terbaharu dalam serangan hujung minggu di kampung Seytenga di utara Burkina, berbanding angka awal sekitar 50 orang.

Ketua junta pemerintah Leftenan Kolonel Paul-Henri Sandaogo menetapkan tiga hari berkabung berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Dalam satu kenyataan kerajaan berkata, 29 lagi mayat telah ditemui, menjadikan jumlah kematian mencecah 79 orang setakat ini.

Pencarian mangsa terhalang akibat ketakutan terhadap peranti yang ditanam pengganas untuk mengebom tempat tersebut, katanya.

“Pengganas menyerbu bandar pada hari Sabtu, hari pasar.

“Mereka melepaskan tembakan sebaik sahaja mereka tiba,” kata seorang mangsa yang terselamat.

“Mereka hanya menyasarka­n lelaki.

“Mereka pergi dari kedai ke kedai, lalu membakarny­a.

“Mereka melepaskan tembakan ke arah sesiapa yang cuba untuk melarikan diri.

“Mereka berada di bandar sepanjang malam,” kata lelaki itu, yang telah melarikan diri ke Dori, bandar terdekat.

“Sebaik sahaja tembakan bermula pada petang Sabtu, saya bersama keluarga saya melarikan diri ke dalam belukar,” kata seorang lagi mangsa yang terselamat.

“Kami duduk di sana sepanjang malam sebelum sampai ke Dori pada pagi Ahad.

“Kami tidak membawa apa-apa dan kami mendapat tahu bahawa mereka telah membakar rumah, jadi kami telah kehilangan segalagala­nya.”

Ketika mengutuk serangan itu, Kesatuan Eropah (UE) menganggar­kan angka akhir kematian boleh mencecah kira-kira 100 orang awam.

Pembunuhan beramairam­ai ini merupakan yang kedua terburuk dalam sejarah pemberonta­kan Burkina, yang bermula pada tahun 2015 ketika kumpulan pelampau melancarka­n serangan rentas sempadan dari Mali.

Serangan ini kebanyakan­nya dilakukan kumpulan yang bergabung dengan AlQaeda dan Islamic State (IS) dan telah meragut ribuan nyawa, sementara hampir dua juta penduduk telah melarikan diri dari rumah mereka.

Angka korban di Seytenga menyusuli kematian serangan di Solhan pada bulan lalu yang mengakibat­kan 132 maut.

Sumber tempatan pula mengatakan 160 mati.

Seytenga sebelum ini telah diserang pada 9 Jun dalam serangan yang meragut nyawa 11 pegawai polis.

Tentera kemudian mengumumka­n bahawa ia telah membunuh sekitar 40 anggota pelampau berikutan serangan itu.

Pembunuhan beramairam­ai itu merupakan tindakan membalas dendam atas tindakan tentera yang menyebabka­n pertumpaha­n darah terbabit, kata jurucakap kerajaan Lionel Bilgo pada Isnin lalu. –— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia