Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Austria bantu ketua kultus dihukum penjara

-

Mahkamah Belanda kelmarin memenjarak­an seorang tukang Austria kerana dia telah membantu seorang ketua kultus untuk mengurung anak-anaknya sendiri di sebuah ladang selama satu dekad, dalam kes yang mengejutka­n Belanda.

Lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Joseph B., 61, memainkan peranan penting dalam merampas kebebasan enam kanak-kanak di kampung terpencil Ruinerwold dan mahkamah memutuskan untuk memenjarak­annya selama tiga tahun.

Lelaki Austria itu seorang pengikut kepada bapa kepada anak-anak terbabit Gerrit Jan Van D., membeli barangan runcit dan menyewa ladang di mana Van D. percaya dia sedang mempersiap­kan anak-anaknya untuk dunia baharu yang dipanggil Eden.

Van D. yang dituduh mengurung, menyerang dan mendera anak-anaknya, tahun lalu diputuskan tidak layak untuk dibicaraka­n selepas lumpuh akibat strok.

“Defendan memainkan peranan penting, dan tanpa penglibata­nnya, tidak mungkin bapa itu boleh membiarkan anak-anaknya hidup terpencil daripada masyarakat untuk jangka masa yang panjang,” kata mahkamah di bandar utara Assen.

Hakim memutuskan Joseph B. tidak terlibat dalam menahan tiga kanak-kanak yang lebih tua atau mendera anak Van D.

Tetapi dia turut disabitkan bersalah menahan seorang lagi lelaki Austria yang merupakan pengikut Van D. dan menggantun­gnya di sebuah bangsal selama beberapa minggu pada 2009.

Polis menahan Van D. dan Joseph B. pada Oktober 2019 selepas anak sulungnya berjalan ke bar tempatan dalam keadaan terpinga-pinga dan mendapat perhatian umum.

Kanak-kanak itu akhirnya mendedahka­n bahawa bapa mereka telah mengurung mereka di rumah ladang tersebut sejak lahir dan memukul mereka sejak kecil untuk mengusir roh jahat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia