Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan maut dalam kebakaran kafe di Tehran

-

Lapan orang terkorban dalam kebakaran lewat kelmarin di Tehran, ibu negara Iran.

Satu letupan diikuti kebakaran berlaku semasa majlis hari jadi disambut di sebuah kafe di pinggir bandar Shahriar di Tehran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Tasnim.

Empat kanak-kanak antara yang maut, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.

Tiga kanak-kanak, tiga wanita, dan seorang lelaki maut serta-merta di tempat kejadian, dan seorang kanakkanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital.

Menurut Pejabat Pendakwara­ya Shahriar, kafe itu terletak di ruang bawah tanah dan sebiji belon helium meletup lalu terbakar, berdasarka­n maklumat awal.

Ketika kejadian orang ramai melarikan diri ke dapur di bahagian belakang tetapi mengalami sesak nafas akibat asap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia