Utusan Borneo (Sarawak)

‘Chulio’, ‘Rocky’ terima pingat jasamu dikenang

-

Dua ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menerima pingat Jasamu Dikenang atas kejayaan mengesan orang hilang tahun ini.

Anjing jenis German Shepherd yang diberi nama Chulio dan Rocky itu menerima penghargaa­n bersama pengendali masing-masing iaitu Koperal Tony Matius Farang dan Lans Koperal Tan Wei Hong.

Chulio yang telah menyertai lebih 50 operasi mencari dan menyelamat, menerima penghargaa­n atas kejayaan mengesan orang hilang di Tronoh pada 11 Mei lepas.

Rocky pula diberi penghargaa­n atas kecekapan yang membantu penemuan seorang pemandu e-hailing lelaki dalam keadaan lemah dan kelaparan di atas bukit berhampira­n kawasan perkuburan Orang Asli di Ulu Geruntum, Gopeng tidak sampai dua jam operasi dijalankan pada Januari lepas.

Penghargaa­n itu disampaika­n Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid sempena Perhimpuna­n Bulanan IPK di sini kelmarin.

Mior Faridalath­rash pada sidang akhbar berkata pihaknya memiliki empat anjing K9 di Ipoh dan pihak Bukit Aman sedang merancang membina dua pusat K9 di Manjung dan Pengkalan Hulu bagi membantu operasi mengesan pelbagai kes seperti orang hilang, jenayah, dadah atau bahan letupan.

“Kedua-dua lokasi ini (Manjung dan Pengkalan Hulu) strategik memandangk­an Manjung merupakan pusat pelanconga­n yang memerlukan tindakan segera manakala Pengkalan Hulu merupakan lokasi sempadan negara yang unit ini boleh memberi perkhidmat­an di kawasan itu,” katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJASA: Rocky (kanan) dan Chulio menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ daripada Mior pada Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh semalam. Turut sama Tony Matius (kiri) dan Tan.
— Gambar Bernama BERJASA: Rocky (kanan) dan Chulio menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ daripada Mior pada Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh semalam. Turut sama Tony Matius (kiri) dan Tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia