Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan lelaki mengamuk di Lebuhraya Utara Selatan

-

Polis telah menahan lelaki yang dipercayai mengamuk selepas memberhent­ikan kereta di lorong kanan KM 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar pada Ahad lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan di kediamanny­a di Taman Setapak Permai, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 9 malam pada Isnin.

“Suspek dipercayai mengamuk kerana hilang kawalan emosi di bawah pengaruh dadah.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak pada hari ini untuk mendapatka­n arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata suspek telah direman pagi kelmarin dan difahamkan akan dituduh di mahkamah hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an khianat dan melakukan galangan di jalan awam serta Seksyen 48 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu galangan disebabkan kenderaan di jalan.

Turut tular gambar lelaki itu berdiri di lorong kanan lebuh raya yang dimuat naik pengguna media sosial yang mendakwa suspek memberhent­ikan kereta sebelum turun dari kenderaan lalu mengamuk sambil memegang rantai emas dan memanjat kereta berdekatan selain menendang kereta pengguna lebuh raya itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia