Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan beri kebenaran eksport komoditi ayam

Kebenaran khas itu hanyalah untuk ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam

-

“Kerajaan akan terus memantau keadaan bekalan ayam dalam negara yang semakin beransur pulih dan dijangka akan kembali stabil bermula Jun ” 2022. Kenyataan MAFI

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan bahawa kebenaran khas diberikan untuk pengekspor­tan beberapa komoditi berasaskan ayam berkuat kuasa serta-merta, umum Kementeria­n Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) semalam.

MAFI dalam kenyataan semalam berkata kebenaran khas itu hanyalah untuk ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam; semua produk berasaskan ayam, dan Day Old Chick (DOC) Parent Stock sahaja.

Sebelum ini eksport ayam yang meliputi ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam dihentikan bermula 1 Jun 2022 bagi memastikan pengeluara­n bekalan ayam yang berterusan supaya sekuriti makanan di Malaysia kekal terjamin.

Menurut MAFI keputusan memberi kebenaran khas itu dibuat setelah pihaknya mengadakan beberapa siri perbincang­an terperinci dengan pemain industri dan persatuan penternak berhubung larangan eksport ayam berkuat kuasa 1 Jun itu.

Bagaimanap­un MAFI menegaskan larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging, masih kekal berkuat kuasa.

“Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanak­an oleh pegawai penguat kuasa MAQIS (Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin Dan Pemeriksaa­n Malaysia) dan sebarang aktiviti untuk mengekspor­t komoditi berkenaan tidak dibenarkan.

“Konsainan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” kata MAFI.

MAFI berkata kerajaan memandang serius sekiranya terdapat sebarang penyalahgu­naan terhadap kebenaran khas itu.

Sekiranya terdapat perlanggar­an, tindakan akan dikenakan di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan bekalan ayam dalam negara yang semakin beransur pulih dan dijangka akan kembali stabil bermula Jun 2022,” kata MAFI.

Pada 23 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluara­n ayam kembali stabil, sebagai langkah jangka pendek kerajaan menangani isu bekalan serta harga ayam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAKAR SEJARAH: Tengku Norashikin (kanan) berkenan menyampaik­an Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda kepada 1,124 graduan sempena hari kedua Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, dekat Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama LAKAR SEJARAH: Tengku Norashikin (kanan) berkenan menyampaik­an Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda kepada 1,124 graduan sempena hari kedua Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, dekat Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia