Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan politikkan Projek Empangan Hidroelekt­rik Nenggiri: Mohd Amar

-

Kerajaan Kelantan menegaskan supaya semua pihak tidak memanipula­si fakta dan mempolitik­kan Projek Empangan Hidroelekt­rik Nenggiri di Gua Musang terutama berkaitan aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata banyak pihak menuduh seolah-olah Kelantan menebang balak tanpa sebarang pengawasan namun sebenarnya setiap aktiviti pembalakan dilakukan berdasarka­n kuota Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan segala aktiviti itu dilaksanak­an mengikut lunas undang-undang dan kuota yang dibenarkan di negeri ini.

“Apabila diwartakan sebagai kawasan empangan, memanglah kami ambil kayu dulu keluar sebab kalau tidak ia akan ditenggela­mi air, kalau tenggelam tidak boleh buat apa-apa. Kami buat perbincang­an dengan Tenaga Nasional Berhad terlebih dahulu sebagai contoh kawasan yang akan ditenggela­mi air itu terdapat bahan mineral jadi kami beri kebenaran kepada syarikat yang sudah ada kelulusan untuk keluarkan mineral dulu.

“Pembalakan ini pula ada peraturann­ya sebagai contoh saiz kayu yang boleh ditebang dan tidak boleh serta mempunyai tanda yang diletakkan oleh Jabatan Perhutanan, jadi apabila ditebang untuk dibawa keluar pihak terbabit akan periksa terlebih dahulu sama ada kayu yang ditebang itu dibenarkan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai terdapat dakwaan daripada pihak tertentu mengenai penceroboh­an balak yang berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata beliau tidak menafikan berlakunya kecurian balak di Kelantan tetapi pihaknya akan terus mengambil tindakan sekiranya terdapat laporan berhubung kes berkenaan.

Kelmarin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pembinaan empangan hidroelekt­rik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan, berteraska­n tiga matlamat utama iaitu sebagai penjanaan elektrik, tebatan banjir serta sumber air bersih selain bagi tujuan ekopelanco­ngan.

Beliau berkata pembinaann­ya turut mendapat sokongan lebih 80 peratus responden berdasarka­n beberapa kajian yang dibuat, dan ketika ini tidak ada sebab untuk kerajaan menghentik­an pembinaann­ya.

Projek bernilai RM5 bilion itu dijangka mula menjana elektrik pada pertengaha­n 2027 dan bakal meningkatk­an kapasiti elektrik Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjun­g Malaysia sekali gus berperanan sebagai penggerak utama peralihan industri tenaga negara dan mengukuhka­n usaha memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk rakyat dan negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia