Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang terima RM44.054 juta untuk bina, baik pulih rumah terkesan banjir

-

Sebanyak RM44.054 juta telah diperuntuk­kan di Pahang bagi kerja-kerja pembinaan dan pembaikan struktur rumah yang terkesan akibat banjir besar hujung tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata selain kerajaan negeri, peruntukan juga diterima daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutua­n menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) serta

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di samping sumbangan Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Katanya 148 buah rumah yang musnah sepenuhnya akibat bencana itu dibina baru dengan harga RM75,000 sebuah bagi rumah jenis tidak bertiang, dan RM100,000 untuk rumah bertiang, manakala kerja baik pulih melibatkan 3,948 rumah dengan anggaran kos sehingga RM15,000 sebuah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia