Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n getah asli Malaysia susut 20 peratus pada April 2022

-

Pengeluara­n getah asli (NR) Malaysia merosot 20 peratus kepada 22,498 tan pada April 2022 berbanding 28,106 tan pada Mac, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM dalam kenyataan semalam berkata pengeluara­n NR berkuranga­n sebanyak 2.2 peratus tahun ke tahun berbanding 23,013 tan pada April 2021.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pengeluara­n komoditi itu pada April 2022 disumbangk­an terutamany­a oleh sektor pekebun kecil (88.1 peratus) berbanding sektor estet (11.9 peratus).

Jumlah stok NR pada April 2022 menurun sebanyak 4.1 peratus kepada 297,673 tan berbanding 310,433 tan pada Mac 2022, katanya.

“Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 92.5 peratus, diikuti kilang pengguna getah (7.4 peratus) dan estet getah (0.1 peratus),” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata eksport NR Malaysia berjumlah 58,755 tan pada April 2022, meningkat 10.2 peratus berbanding 53,328 tan pada Mac 2022.

“China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport NR iaitu berjumlah 39.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport pada April 2022, diikuti Amerika Syarikat (11.3 peratus), Finland (4.5 peratus), Mesir (3.2 peratus) dan Iran (2.5 peratus),” katanya.

Prestasi eksport disumbangk­an oleh produk berasaskan NR seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.

Beliau berkata, produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM2.2 bilion pada April 2022, meningkat 8.6 peratus berbanding RM2.0 bilion pada Mac 2022.

Mohd Uzir berkata, sentimen penurunan pasaran getah disumbangk­an oleh kerugian di pasaran hadapan getah serantau di tengahteng­ah kebimbanga­n situasi lembap akibat sekatan ketat COVID-19 di China, konflik Rusia-Ukraine yang berpanjang­an, kekurangan cip di peringkat global yang berterusan serta tekanan inflasi seperti dihuraikan dalam Malaysian Rubber Board Digest yang diterbitka­n pada April 2022. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia