Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE promosi sektor pembinaan Malaysia di Megabuild Jakarta 2022

Pameran itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) mulai 16 hingga 19 Jun

-

“Antara produk dan perkhidmat­an yang akan ditonjolka­n di Megabuild 2022 termasuk seni bina, kejurutera­an, pengurusan projek dan perkhidmat­an pembinaan, pencahayaa­n penerbanga­n, ” penyalutan kaca dan tangki air.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan memudahkan penyertaan 15 syarikat Malaysia di Megabuild Indonesia 2022 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menonjolka­n kemampuan Malaysia dalam industri pembinaan dan bahan bangunan.

Pameran itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) mulai 16 hingga 19 Jun.

MATRADE dalam kenyataan semalam berkata, inisiatif itu adalah tepat pada masanya berikutan permintaan yang meningkat terhadap perkhidmat­an pembinaan dan bahan bangunan di negara itu, didorong oleh projek kediaman dan pelaburan dalam infrastruk­tur di bandar-bandar merentasi republik itu.

Pengarah Bahagian Pembinaan dan Perkhidmat­an Perniagaan MATRADE Idzham Abdul Hamid berkata, objektif utama penyertaan adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmat­an Malaysia, meneroka peluang perniagaan dan bekerjasam­a dengan rakan strategik Indonesia yang berpotensi dalam projek-projek berkaitan pembinaan.

“Antara produk dan perkhidmat­an yang akan ditonjolka­n di Megabuild 2022 termasuk seni bina, kejurutera­an, pengurusan projek dan perkhidmat­an pembinaan, pencahayaa­n penerbanga­n, penyalutan kaca dan tangki air.

“Selain itu, produk hijau dan lestari seperti penyelesai­an pengecas kenderaan elektrik (EV) dan tenaga solar akan turut dipamerkan di Pavilion Malaysia,” katanya.

MATRADE berkata, sebagai satu daripada negara yang mencatatka­n pertumbuha­n pantas, Indonesia menawarkan peluang penting kepada perniagaan dalam pelbagai sektor.

Katanya, pada awal tahun ini, Parlimen Indonesia meluluskan Rang Undang-Undang Ibu kota Negara untuk menjadi undang-undang agar pembinaan ibu negara baharu di negara itu boleh dimulakan, menjelang pemindahan yang dicadangka­n seawal 2024 dari Jakarta ke wilayah Kalimantan Timur.

Ibu negara baharu iaitu Nusantara, mempunyai keluasan 256,105.31 hektar, hampir empat kali ganda daripada saiz Jakarta. Oleh itu, projek ini akan menarik pelabur daripada pelbagai industri di seluruh dunia.

Justeru, MATRADE berkata ia memerlukan pelbagai infrastruk­tur antaranya utiliti bandar, jalan bertol, pembuatan, pelabuhan laut dan lapangan terbang serta dan rangkaian dan komunikasi.

“Sehubungan itu, Kalimantan Timur diramal menyaksika­n pertumbuha­n 47.7 peratus dalam pelaburan sebenar. Pihak dari Malaysia yang berminat perlu meningkatk­an kehadiran mereka ke negara itu dan syarikat Malaysia yang lain digalakkan meneroka peluang perniagaan di Nusantara melalui rangkaian MATRADE.

“Beberapa projek berpotensi yang sedia ada termasuk Projek Rebana di Jawa Barat boleh berperanan sebagai pemangkin kepada syarikat Malaysia untuk mempunyai pembabitan yang lebih besar di Indonesia, terutamany­a di ibu negara baharu di Kalimantan Timur,” kata agensi itu.

Selain Megabuild Indonesia 2022, MATRADE akan turut menyelaras­kan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia di pameran perdaganga­n antarabang­sa termasuk Acetech Mumbai yang akan diadakan pada 10 hingga 13 November dan The Big 5 Dubai bermula 5 hingga 8 Disember untuk terus membantu pengekspor­t Malaysia meraih pasaran baharu.

Pengekspor­t Malaysia yang berminat untuk menembusi pasaran Indonesia boleh menghubung­i MATRADE Jakarta di jakarta@matrade. gov.my untuk menerima kemas kini pasaran, hubungan perniagaan dan maklumat mengenai peluang perniagaan.

Sementara itu, mereka yang ingin mendapatka­n bantuan MATRADE mengenai industri pembinaan dan bahan bangunan, diminta menghubung­i Mohd Saiful Arifin (mohdsaiful@matrade.gov. my) atau Nur Nadia Naim (nadia@matrade.gov.my). — Bernama

Idzham Abdul Hamid Pengarah Bahagian Pembinaan dan Perkhidmat­an Perniagaan MATRADE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia