Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Juwita, KPT anjur KLGYS 2022

-

Yayasan Juwita bersama Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurk­an Sidang Kemuncak Belia Global Kuala Lumpur (KLGYS) 2022 pada 20 Jun ini.

Pengarah KLGYS 2022 Nurul Ashiqin Shamsuri berkata, sidang kemuncak itu adalah platform kepada golongan belia memperoleh cerapan dan kemahiran baharu melalui penglibata­n pemimpin industri tempatan serta antarabang­sa yang menyediaka­n mereka untuk pasaran kerja kompetitif.

Sidang kemuncak yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang sering menekankan keperluan merapatkan jurang antara kurikulum institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia dengan tuntutan industri untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan di Malaysia.

“Datuk Seri Dr Noraini dalam setiap ucapannya di luar negara juga telah menyokong pelbagai usaha pengantara­bangsaan KPT seperti program luar serta menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) denagn rakan antarabang­sa bagi membolehka­n program mobiliti pelajar dan kakitangan.

“Dengan tumpuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabang­sa, inisiatif ini bertujuan membantu menarik 25,000 pelajar antarabang­sa ke Malaysia menjelang 2025,” katanya dalam kenyataan.

KLGYS terdiri daripada tujuh sesi panel yang akan membincang­kan topik merangkumi kesihatan mental dan perniagaan mampan kepada aset digital.

Selaras visi KPT, sidang kemuncak itu akan membariska­n ahli panel terkenal yang menjadi pelopor dalam bidang masing-masing dari Belgium, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia dan Zambia.

“KLGYS tahun ini akan bersifat hibrid dan dijangka menarik kehadiran fizikal lebih 300 pelajar IPT awam dan swasta serta belia yang berminat dari pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Persidanga­n itu adalah percuma dan mereka yang berminat boleh mendaftar di www.projectfea­rless.world. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia