Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaki Everest perlu ada bukti sahih: Muqharabbi­n

-

Mana-Mana pendaki yang mendakwa berjaya menawan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia, perlu menunjukka­n bukti sahih seperti gambar atau video sebelum boleh menggelark­an diri mereka sebagai pendaki Everest.

Penjelajah Grand Slam pertama negara Datuk Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in berkata, bukti itu juga perlu disahkan oleh sherpa yang menemani serta pegawai Kementeria­n Pelanconga­n Nepal selain sijil yang diterima daripada kementeria­n berkenaan.

Beliau berkata di Malaysia, terdapat lebih 20 pendaki yang berjaya menjejakka­n kaki ke Everest sejak tahun 1997 hingga kini.

“Namun terdapat pertikaian terhadap beberapa pendaki yang menggelark­an diri mereka pendaki Everest sedangkan mereka hanya ke Kem Induk Everest bahkan ada juga yang mengaku sudah mendaki melebihi dua kali tetapi tiada bukti bergambar atau video,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Muhamad Muqharrabi­n berkata, pendakian Everest bukan mudah dan menelan belanja hampir RM160,000 hingga RM200,000 selain RM80,000 hingga RM150,000 untuk latihan kerana melibatkan pengalaman mendaki gunung bersalji lain sebagai persediaan fizikal dan mental.

“Jangan malu mengaku kegagalan daripada menipu semua orang terutama rakyat Malaysia demi mendapatka­n penghormat­an yang tidak bermaruah,” katanya.

Beliau pernah menamatkan siri pendakian ke tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia antara 2010 hingga 2014 serta berski ‘last degree’ di Kutub Utara dan Kutub Selatan pada 2017 hingga 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia