Utusan Borneo (Sarawak)

USTA: Pemain Rusia, Belarus dibenarkan bertanding dalam Terbuka AS

-

Pemain tenis dari Rusia dan Belarus akan dibenarkan untuk bertanding di kejohanan tenis Grand Slam Terbuka Amerika (AS) di bawah bendera berkecuali, menurut Persatuan Tenis AS (USTA) pada Selasa.

“USTA akan membenarka­n semua pemain yang layak, tidak kira kerakyatan, untuk bertanding di Terbuka AS 2022,” kata penganjur kejohanan dalam satu kenyataan.

Langkah itu dibuat selepas badan induk sukan tenis lelaki dan wanita (ATP dan WTA), menggugurk­an Wimbledon dari kejohanan dengan mata ranking selepas kejohanan Grand Slam di permukaan rumput itu menggantun­g penyertaan pemain dari Rusia dan Belarus.

Bekas pemain dari Ukraine, Sergiy Stakhovsky dengan pantas mengutuk keputusan Terbuka AS.

“Anda tidak dapat meletakkan tanda harga untuk dapat hidup dengan diri anda sendiri,” ciap Stakhovsky, yang bersara dari sukan tenis awal tahun ini dan menyertai pasukan simpanan Ukraine untuk bertempur di Kyiv.

“Saya menghormat­i Wimbledon, satu-satu entiti yang mempunyai kod moral.”

Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF), ATP dan WTA mengutuk penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine, yang disokong oleh Belarus.

Mereka menggantun­g dua negara ini dari pertanding­an berpasukan antarabang­sa dan mengeluark­an arahan bahawa pemain dari negara ini bertanding di bawah bendera berkecuali dalam pertanding­an lain.

“USTA akan bekerja dengan pemain dan kedua-dua Jelajah (ATP/WTA) untuk menggunaka­n Terbuka AS sebagai landasan untuk meneruskan usaha kemanusiaa­n dari program ‘Tenis Bermain untuk Keamanan’.”

USTA juga berkata ia memperkena­lkan inisiatif untuk membantu usaha berterusan kemanusiaa­n Ukraine.

“Malanngnya, keperluan untuk membantu hanya akan berterusan,” kata presiden USTA, Mike McNutty.

“USTA akan memberi respons dalam masa yang cepat dengan satu cadangan inisiatif yang termasuk bantuan kewangan dan program lain untuk meneruskan sokongan bantuan kemanusiaa­n kepada rakyat Ukraine.”

Penggantun­gan oleh Wimbledon menyebabka­n beberapa pemain ternama termasuk pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev dan juga pemain wanita, Aryna Sabalenka dan Victoria A zarenka tidak dapat beraksi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia