Utusan Borneo (Sarawak)

Belanda tundukkan Wales 3-2 dalam aksi Liga Negara UEFA

-

Memphis Depay menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan, tidak lama selepas Gareth Bale mengikat kedudukan buat Wales ketika Belanda meraih kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Negara UEFA pada Selasa.

Kemenangan di Rotterdam meletakkan Belanda tiga mata di hadapan Belgium, yang menang 1-0 ke atas Polad di Warsaw, di tangga teratas Kumpulan 4 Liga A.

Noa Lang meletakkan Belanda di hadapan pada minit ke-17 untuk gol antarabang­sa pertamanya sebelum Cody Gakpo menjadikan kedudukan 2-0.

Brennan Johson melengkapk­an satu tempoh tiga gol dalam lapan minit apabila merapatkan kedudukan buat Wales sebelum Bale masuk dari bangku simpanan dan menjaringk­an penalti minit ke-92 untuk mengikat kedudukan.

Tetapi Depay, yang turut dimasukkan sebagai pemain gantian, memastikan Belanda meraikan kemenangan ketiga dari empat perlawanan pada kejohanan ini.

Ia adalah pertemuan dramatik di antara dua pasukan yang layak ke Piala Dunia 2022 Qatar pada lewat tahun ini.

“Ia sukar untuk diterima tetapi saya lebih suka ia berlaku sekarang dan kami perlu menanganin­ya berbanding jika ia berlaku di Piala Dunia,” kata Bale.

“Kami harus menggunaka­n perlawanan Liga Negara UEFA untuk meningkatk­an prestasi kami.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia