Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki maut dalam kemalangan tiga kenderaan

-

SERIAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitka­n tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 6.55 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah kereta dan sebuah motosikal yang membabitka­n empat mangsa.

“Tiga daripada mangsa dilaporkan selamat, hanya mengalami cedera ringan.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu MPV masih berada di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

“Pasukan bomba bertindak membantu mengangkat serta mengalihka­n mangsa dari dalam kenderaan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan,” tambahnya.

Pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersiha­n permukaan jalan raya akibat kemalangan tersebut, katanya.

 ?? ?? TERBABAS: Keadaan MPV dipandu mangsa yang terbabas dalam kemalangan tersebut.
TERBABAS: Keadaan MPV dipandu mangsa yang terbabas dalam kemalangan tersebut.
 ?? ?? MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia