Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan sangat memberangs­angkan

Sarawak catat GPN 5.17 dalam SPM 2021 yang diumumkan semalam.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi negeri Sarawak sangat memberangs­angkan dengan nilai Gred Purata Negeri (GPN) 5.17.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad berkata, seramai 596 calon mencapai sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Manakala, seramai 12 calon berprestas­i cemerlang tertinggi mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran dengan seorang calon mencatatka­n 11A+, enam calon mencatatka­n 10A+ dan lima calon mencatatka­n 9A+.

Calon mendapat 11A+ ialah Hong Yong Kai dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, manakala calon dengan 10A+ ialah Ian Jong Kai Yi (SMK Green Road, Kuching), Tan Chia Sin (SMK Batu Lintang, Kuching), Roy Makaay Jeffrey (SMK Matang Hilir, Kuching), Chieng Chin Wei (SMK Chung Hua, Miri), David Ding Sing Yew (SMK St Anthony, Sarikei) dan Natalie Tiong Jia Tian (SMK Tung Hua, Sibu).

Manakala, lima calon dengan 9A+ ialah Bong Bin Yong (SMK Green Road, Kuching), Aufa Abdul Hadi dan Muhammad Syafiq Abdul Rahman (Kolej Datuk Patinggi Abang Hj Abdillah, Kuching), Peter Mason Davied (SM Sains Kuching) dan Siti Nurfarahin Sarbini (SMK Pujut).

“Sebahagian besar sekolah di Sarawak dapat dirumuskan sebagai berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan.

“Tiga sekolah memperoleh­i pencapaian Cemerlang, 30 sekolah (Baik), 153 sekolah (Memuaskan) dan tiga sekolah (Berpotensi),” ujarnya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n SPM 2021 di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di sini, semalam.

Azhar berkata, berdasarka­n Gred Purata Sekolah (GPS), antara sekolah terbaik ialah SM Sains Kuching Utara, SM Sains Kuching, SM Sains Miri, SMK St Elizabeth, Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, SMK Sacred Heart dan SMK Agama Miri.

Lagi sekolah terbaik ialah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SMK St Anthony, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Kubong, SMK Tiong Hin, SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, SMK Tung Hua, SMK Methodist, SMK Tinggi Sarikei dan SMK Sungai Tapang.

Kesemua 17 sekolah ini katanya, mencapai 100 peratus calon layak sijil dalam SPM 2021.

Bagi pencapaian calon berkeperlu­an pendidikan khas pula, seramai lima calon mencapai tahap kecemerlan­gan iaitu Christabel­le Lim Xin Rou dari SMK St Joseph, Miri (8A+, 2A), Danny Yong Zhi Lik, SM Chung Hua, Sibu (5A+, 2A,1A-), Jovian Jeli Duncan, SMK Methodisit, Sibu (1A+, 4A, 2A-, 1B+), Fairulniza­m Abdul Rahman, SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching (6A, 2B+, 1C+) dan Shallzuand­y Abdul Wahab Abdullah, SMK Semop, Daro (2A, 4A-, 1B+, 1D).

Dalam pada itu, semakan keputusan boleh dibuat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor 15888 bermula jam 10 pagi, 16 Jun hingga jam 6 petang, 22 Jun.

Calon juga boleh menyemak keputusan menerusi myresultsp­m. moe.gov.my mulai jam 10 pagi, 16 Jun hingga jam 6 petang, 24 Jun.

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet, boleh menghubung­i pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Manakala, bagi calon yang ingin membetulka­n maklumat peribadi dalam slip keputusan, menyemak semula atau mengemas kini keputusan hendaklah melakukann­ya dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan.

Bayaran semakan semula keputusan bagi setiap mata pelajaran ialah RM100 dan dilakukan secara dalam talian sepenuhnya melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaa­n.

Seramai 36,385 calon di negeri Sarawak mendaftar untuk menduduki peperiksaa­n SPM 2021 dengan 34,1432 calon SMK, 937 calon sekolah menengah swasta, 316 calon sekolah di bawah agensi lain selain Kementeria­n Pendidikan Malaysia, 26 calon sekolah menengah agama rakyat dan 964 calon persendiri­an.

Daripada 33,035 calon SMK yang hadir bagi menduduki peperiksaa­n itu, seramai 29,166 calon atau 88.29 peratus berjaya mendapat sijil SPM iaitu memenuhi sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah.

 ?? ?? TAHNIAH: Pelajar cemerlang SPM 2021 bagi negeri Sarawak merakamkan kenangan bersama selepas pengumuman keputusan oleh Azhar di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, semalam.
TAHNIAH: Pelajar cemerlang SPM 2021 bagi negeri Sarawak merakamkan kenangan bersama selepas pengumuman keputusan oleh Azhar di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia