Utusan Borneo (Sarawak)

Orang awam panik serbu pasaran beli air minuman di Miri

-

MIRI: Notis gangguan bekalan air yang singkat dari Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Management Miri menyebabka­n orang awam panik dan mula menyerbu pasaran untuk membeli air minuman.

Tinjauan Utusan Borneo seawal jam 7 pagi semalam mendapati pengguna yang terjejas dengan bekalan air bergegas ke kedai runcit dan pasar raya untuk membeli air minuman.

Salah seorang pengguna yang enggan namanya disiarkan melahirkan perasaan kesal dengan notis singkat yang dikeluarka­n LAKU seawal jam 4.30 pagi.

“Kami terkejut selepas mendapati bekalan air paip sudah tiada dan mendapat tahu ketiadaan air sehingga Jumaat daripada laman sosial Facebook dan WhatssApp.

“Tiada cara lain selain mencari air minuman mineral untuk kegunaan harian meskipun ada kedai runcit menjualnya dengan harga yang lebih mahal,” katanya ketika ditemui semalam.

Pengadu berkata, ramai pengguna lain turut mencari bekalan air minuman meskipun kebanyakan kedai runcit dan pasar raya dibuka jam 8.30 atau 10 pagi.

“Mujurlah kami mendapat tahu bekalan air mineral di sini (pasar raya) masih ada dan kami berbaris seawal jam 7.30 untuk mendapatka­nnya.

“Biar terpaksa menunggu pintu pasar raya dibuka, namun demi keperluan harian, kami sanggup berdiri lama dan beratur membeli,” jelasnya.

Utusan Borneo mendapati pengguna turut bertindak mengambil air minuman yang diletakkan di luar premis pasar raya di Krokop.

Difahamkan, air yang diletakkan di luar premis itu habis diambil dalam tempoh satu jam dan mereka terpaksa menunggu pintu pasar raya dibuka untuk tujuan pembayaran.

“Semua orang memerlukan air ketika ini untuk keperluan harian, mahu tidak mahu terpaksa kami mengambil dahulu air minuman mineral di luar premis dan menunggu untuk bayaran,” jelasnya.

Premis pasar raya di Krokop berkenaan dibuka seawal jam 8.30 pagi dan rata-rata pembeli yang sudah mendapatka­n air minuman lebih awal menyerbu kaunter untuk pembayaran.

Dalam perkembang­an sama, Utusan Borneo turut mendapati ada kedai runcit atau premis perniagaan menaikkan harga air minuman botol sehingga RM15 sedozen.

Apabila ditanya mengapa harga lebih mahal, peniaga mendiamkan diri dan tidak mengendahk­an pertanyaan.

Sementara itu, selepas lima hari kerja pembaikan paip pecah di Batu 7 Jalan MiriBintul­u selesai, masalah sama timbul apabila terdapat paip yang bocor menyebabka­n penduduk Miri berdepan krisis air sekali lagi.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dalam kenyataann­ya di Facebook mengarahka­n agar LAKU menghantar bekalan air di kawasan terjejas.

LAKU dalam notis singkat memaklumka­n gangguan bekalan air akan berlaku bermula semalam hingga hari ini bagi kerja-kerja pembaikan paip dalam tempoh 36 jam.

 ?? ?? KRISIS AIR: Penduduk Miri mula menyerbu kedai runcit dan pasar raya untuk mendapatka­n bekalan air minuman susulan gangguan air selama 36 jam bermula pagi semalam.
KRISIS AIR: Penduduk Miri mula menyerbu kedai runcit dan pasar raya untuk mendapatka­n bekalan air minuman susulan gangguan air selama 36 jam bermula pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia