Utusan Borneo (Sarawak)

Polis marin gagalkan cubaan seleweng minyak

Dua kru turut ditahan, nilai rampasan RM2.2 juta termasuk kapal dan minyak diesel 350,000 liter

- Oleh Michael Ubam

“Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada pegawai penyiasat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Sibu untuk siasatan serta tindakan selanjutny­a.

DCP Datuk Mancha Ata Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak

SIBU: Psukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak telah berjaya menggagalk­an cubaan menyelewen­g minyak yang dibawa oleh sebuah kapal pengangkut melibatkan rampasan bernilai RM2.2 juta di perairan Pulau Kerto, Batang Rajang di sini, semalam.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak DCP Datuk Mancha Ata berkata, rampasan dilakukan ketika sepasukan lima anggota PPMW5 Sibu menjalanka­n Ops Pensura di lokasi kejadian pada jam 6 pagi itu.

“Hasil pemeriksaa­n yang dilakukan mendapati juragan kapal gagal menunjukka­n lesen Petroleum Developmen­t Act 1974 (PDA) serta lesen ‘bunkering’ yang telah tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi.

Ujarnya, pihak PPM kemudian bertindak merampas kapal dan kesemua peralatan, minyak diesel, manakala dua kru lelaki termasuk seorang kru warga asing berusia dalam lingkungan 24 dan 48 tahun turut ditahan.

Mancha memberitah­u jumlah dan nilai rampasan keseluruha­n berjumlah RM2,252,500 iaitu termasuk sebuah kapal dan minyak diesel lebih kurang 350,000 liter.

Susulan itu, tangkapan dan rampasan tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada pegawai penyiasat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Sibu untuk siasatan serta tindakan selanjutny­a,” tambah beliau.

 ?? ?? DITAHAN: Dua kru kapal ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
DITAHAN: Dua kru kapal ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia