Utusan Borneo (Sarawak)

SAR mandur ladang warga asing ditamatkan selepas lapan hari

-

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mandur ladang warga Indonesia yang hilang di Sungai Telong, Suai, Batu Niah dekat sini ditamatkan dan dihentikan sepenuhnya pada jam 6 petang kelmarin selepas lapan hari pencarian tiada mendapat sebarang petunjuk.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi yang masuk hari kelapan kelmarin dimulakan pada jam 8 pagi dengan kekuatan 46 orang bersama dua ekor anjing pengesan meliputi kawasan pencarian sejauh 13 kilometer.

“Ucapan penghargaa­n dan terima kasih ditujukan kepada seluruh pasukan mencari yang telah bekerjasam­a melaksanak­an operasi pencarian selama lapan hari dengan penuh dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Terdahulu, pada 8 Jun lepas jam 12.16 tengah hari, satu laporan polis diterima daripada Pengurus Ladang Kuala Suai yang memaklumka­n kehilangan seorang mandur ladang warga Indonesia.

Mangsa dikenali sebagai

Mohamad Sapie, 37, dipercayai hilang ketika memasang bento ketam di kawasan anak sungai yang terletak kira-kira 200 kaki dari Sungai Telong, Suai, Batu Niah.

Operasi SAR mangsa digerakkan pada 8 Jun dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Miri, Unit K9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu,

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Enam Miri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Sarawak, Ladang Kuala Suai dan orang awam.

Alexson menjelaska­n, pelaksanaa­n operasi adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang mana meliputi kawasan darat, sungai dan bakau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia