Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar cemerlang bangga dengan pencapaian SPM 2021

Kesukaran, cabaran berhadapan pandemik COVID-19, ada yang tidak menyangka berjaya meraih keputusan cemerlang

- Oleh Agnes Tugong

“Saya banyak mengulang kaji bersama rakan-rakan di luar kelas dan tetapkan masa sendiri untuk menguasai semua ” mata pelajaran.

Hong Yang Kai Pelajar SMK Green Road, Kuching

KUCHING: Kesukaran dan cabaran berhadapan pandemik COVID-19, tidak menghalang calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 mencapai keputusan cemerlang.

Malah ada yang memperoleh­i 11A+, satu keputusan yang tidak dijangka oleh calon itu sendiri mengambil kira kesukaran dan cabaran yang didepani pelajar sepanjang 2021.

Calon cemerlang SPM 2021 bagi negeri Sarawak, Hong Yang Kai ketika ditemui berkata dia tidak menjangka akan memperoleh­i keputusan 11A+.

Mengakui SPM sangat sukar, dia berbangga dengan pencapaian ini dan berterima kasih kepada guru, keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan moral.

“Saya memang tidak jangka dapat 11A+, sebab SPM sangat sukar dan kami perlu menghadiri kelas secara dalam talian.

“Saya banyak mengulang kaji bersama rakan-rakan di luar kelas dan tetapkan masa sendiri untuk menguasai semua mata pelajaran,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching ini yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Sementara itu, Ian Jong Kai Yi, juga dari SMK Green Road, Kuching juga tidak menjangka memperoleh i keputusan 10A+ dalam peperiksaa­n SPM 2021.

Katanya, dua mata pelajaran yang menjadi kebimbanga­n beliau ialah Matematik Tambahan dan Perakaunan kerana kedua-duanya sangat sukar.

“Sejujurnya saya sangat terkejut dengan keputusan ini kerana jangkaan saya hanya 7 atau 8A+.

“Namun saya berbangga dengan pencapaian saya sendiri dan selepas ini saya berhasrat untuk memohon biasiswa untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang kejurutera­an perisian di Universiti Harvard (jika berjaya),” katanya.

Seorang lagi pelajar cemerlang Tan Chia Sin dari SMK Batu Lintang, Kuching juga tidak menjangka memperoleh­i 10A+ dalam SPM 2021.

Katanya, pengalaman menduduki SPM dalam pandemik COVID-19 sangat sukar baginya dan calon-calon yang lain.

“Dari segi pembelajar­an, kami perlu hadir kelas secara dalam talian dan sukar untuk mengejar mata pelajaran yang dipelajari.

“Tetapi saya tahu untuk mendapat keputusan yang baik saya perlu disiplinka­n diri dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan,” katanya selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2021 di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak semalam.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? USAHA BERBALOI: Hong (dari kiri) bersama ibunya Hung Shue Lim, Tan bersama ibunya Chang Chip Joong dan Ian (kanan) bersama ibunya Sim Bee Kiaw merakamkan gambar kenangan bersama selepas diumumkan calon terbaik SPM 2021.
— Gambar Roystein Emmor USAHA BERBALOI: Hong (dari kiri) bersama ibunya Hung Shue Lim, Tan bersama ibunya Chang Chip Joong dan Ian (kanan) bersama ibunya Sim Bee Kiaw merakamkan gambar kenangan bersama selepas diumumkan calon terbaik SPM 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia