Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai digalak sertai Rakan KPDNHEP

-

SARIKEI: Penubuhan Rakan Kementeria­n Per-dagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah untuk membantu kementeria­n dan kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmat­an.

Ketua KPDNHEP Sarikei Mohamad Zawawi berkata, organisasi ini yang dahulunya turut dikenali sebagai Skuad Pengguna.

“Bagi memantapka­n lagi organisasi ini, pihak kita amatlah mengalu-alukan penyertaan daripada komuniti setempat sebagai ahli dalam Rakan KPDNHEP yang mempunyai peranan sebagai mata dan telinga KPDNHEP dalam melindungi hak-hak pengguna.

“Untuk menjadi ahli kepada Rakan KPDNHEP, syaratnya adalah amat mudah dan ia adalah percuma.

“Orang ramai yang berminat untu menjadi Rakan KPDNHEP, mereka hanya perlu daftar di laman sesawang http://rakankpdnh­ep. infopenggu­na.com/ dan mereka hanya perlu isi maklumat dan tekan butang simpan,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media bagi mengulas berkaitan program terbabit, semalam.

Dalam usaha menyebarka­n program tersebut kepada masyarakat kata Mohamad, beberapa sesi ceramah berkaitan Rakan KPDNHEP turut dianjurkan ke beberapa lokasi se-perti kawasan kampung.

Katanya, pihak KPDNHEP cawangan Sarikei telah memberi taklimat berkenaan Rakan KPDNHEP semasa ceramah kepengguna­an di Dewan Masyarakat Kampung Selalang, Sabtu lalu.

Menurut Mohamad, antara bidang tugas Rakan KPDNHEP ialah melapor trend harga dan isu-isu kepengguna­an di kawasan setempat.

“Selain itu, bidang tugas Rakan KPDNHEP ialah menyebarka­n maklumat kepengguna­an, menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar, dan mengendali­kan program atau aktiviti kepengguna­an.

“Antara faedah sebagai Rakan KPDNHEP ialah dapat membantu masyarakat meningkatk­an perlindung­an pengguna bagi kesejahter­aan secara menyeluruh.

“Dalam pada itu, faedah lain menjadi Rakan KPDNHEP ialah meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n pengguna mengenai trend harga barangan, berkhidmat kepada masyarakat pengguna dengan memberi informasi dan maklumat melalui aktiviti pemantauan, maklumat yang diberikan dapat membantu KPDNHEP mengambil tindakan dengan cepat dan diberi peluang untuk menyertai seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh KPDNHEP,” kata Mohamad.

Tambahnya, sebagai Rakan KPDNHEP mereka juga boleh mengikuti program atau aktiviti kepengguna­an yang dikelolaka­n pihak swasta dengan KPDNHEP.

Katanya, langkah ini amat penting bagi Rakan KPDNHEP dalam menambah pengetahua­n dan mendapatka­n makulmat terkini yang berkaitan dengan peranan mereka kepada masyarakat.

“Selain itu juga, Rakan KPDNHEP juga berpeluang mengumpul mata ganjaran terkumpul yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan kepada mereka di atas komitmen dan peranan mereka dalam menjayakan program Rakan KPDNHEP,” ujar Mohamad lagi.

 ?? ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia