Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari terima kunjungan hormat Duta Jerman

-

KUCHING:PremierSar­awak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam menerima kunjungan hormat daripada Duta Jerman ke Malaysia, Dr Peter Bloomeyer di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Dalam pertemuan itu, mereka membincang­kan pelbagai perkara, antaranya kerjasama dan peluang yang boleh diterokai daripada aspek ekonomi, pendidikan, pelanconga­n dan kesihatan pembanguna­n antara Sarawak dan Jerman.

Perbincang­an juga merangkumi potensi Sarawak dari segi projek masa depan dalam teknologi hijau, infrastruk­tur, kesihatan, pengurusan air dan sisa dan pendigital­an selain menyatakan harapan Jerman bekerjasam­a dengan Sarawak pada masa hadapan.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Abang Johari merakam kenangan bersama Dr Peter Bloomeyer (kiri) semasa kunjungan di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
KUNJUNGAN: Abang Johari merakam kenangan bersama Dr Peter Bloomeyer (kiri) semasa kunjungan di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia