Utusan Borneo (Sarawak)

Limbang giatkan kempen cegah denggi, basmi tikus

-

LIMBANG: Kampung Bunga Raya dipilih sebagai lokasi bagi penganjura­n Kempen Pencegahan Denggi, manakala Tamu Limbang dijadikan lokasi bagi menjayakan Kempen Basmi Tikus yang bermula pada 8 hingga 24 Jun ini.

Wakil Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Frederick Lalong berkata, MDL dipilih mewakili pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalanka­n kempen ini di Sarawak.

Frederick yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Pendidikan dan Pembanguna­n Komuniti berkata, usaha membantera­s denggi adalah tanggungja­wab semua pihak termasuk ahli masyarakat tanpa mengira usia dan kaum asalkan mempunyai kesedaran terhadap bahaya yang dibawa wabak denggi dan bawaan tikus.

“Kempen ini diharap memberi impak positif kepada semua masyarakat selain menjaga kesihatan setiap masa,” katanya ketika berucap merasmi Kempen Pencegahan Denggi dan Basmi Tikus di Kawasan PBT 2022 di pejabat Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) DaerahLimb­ang Kampung Bunga Raya di sini, semalam. Turut sama wakil Setiausaha MDL Mohammad Syamil Jumain dan Ketua Kampung Adanan Hamdan.

Frederick berkata, kempen itu turut diadakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian, peniaga tamu, ahli-ahli majlis dan penduduk kampung.

Beliau berkata, tahap kesedaran terhadap bahaya denggi dalam masyarakat seharusnya dipergiat, di samping meneruskan program gotong-royong bagi memastikan persekitar­an kediaman mereka bebas denggi.

 ?? ?? KESEDARAN BERSAMA: Syamil (duduk dua kiri), Adanan dan Frederick bersama ahli-ahli majlis dan kakitangan MDL bergambar bersama pada kempen itu.
KESEDARAN BERSAMA: Syamil (duduk dua kiri), Adanan dan Frederick bersama ahli-ahli majlis dan kakitangan MDL bergambar bersama pada kempen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia