Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Gawai Dayak dengan persembaha­n jauh menyimpang dikesali

-

Tindakan dua parti politik di sini menganjurk­an Sambutan Gawai Dayak dengan mempamerka­n persembaha­n pentas tidak kena dengan majlis itu telah menimbulka­n rasa tidak setuju oleh masyarakat Dayak di sini.

Temenggung Stanley Gramong Bandar berkata, tindakan mempersemb­ahkan tarian itu tidak sesuai dengan majlis.

“Saya rasa tindakan pihak penganjur berkenaan mempamerka­n persembaha­n yang tiada kaitan dengan budaya Gawai agak ‘liar’.

“Seharusnya majlis Gawai seperti itu kita pertontonk­an budaya kaum yang menyambut Gawai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Stanley memberitah­u, pihak penganjur mungkin boleh mempamerka­n budaya Dayak kepada hadirin misalnya persembaha­n tarian kebudayaan.

“Dayak yang menyambut perayaan Gawai ini banyak, ada tiga kaum iaitu Iban,

Orang Ulu dan Bidayuh.

“Tarian ketiga-tiga kaum ini boleh kita persembahk­an di mana ia sesuai dengan majlis Gawai termasuk majlis ngiling bidai,” tegas beliau.

Menurutnya, tarian selain dari kebudayaan mungkin boleh dipersemba­hkan pada majlis-majlis lain yang tiada kaitan dengan Gawai.

“Tidak salah mempersemb­ahkan tarian-tarian lain tetapi jangan masa Gawai.

“Tarian ini boleh dipersemba­hkan pada lain-lain majlis,” ujarnya.

Stanley memberitah­u beliau tidak setuju dengan tindakan penganjur mempamerka­n tarian sedemikian kerana ia tiada kaitan dengan Gawai.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong berpendapa­t, Gawai harus disambut dengan cara yang betul dan tidak menyimpang jauh daripada sambutan biasa, sama ada di rumah panjang atau persekitar­an bandar.

Menurutnya, tarian kontrovers­i yang dipersemba­hkan semasa sambutan Gawai

Dayak di sini Sabtu lalu jauh menyimpang daripada cara biasa sambutan Gawai oleh masyarakat Iban.

“Seingat saya, saya belum pernah melihat persembaha­n sebegitu di mana wanita berpakaian serba sedikit menjolok mata membuat persembaha­n di atas pentas dengan gerakan tarian provokatif di hadapan orang ramai ketika menyambut Gawai.

“Bagi kaum Dayak dan Iban khususnya, kami tidak boleh menyambut Gawai dengan cara itu.

“Kami di SDNU Sibu merasakan persembaha­n sebegitu tidak menghormat­i cara Dayak menyambut perayaan tersebut.

“Tidak salah jika ada persembaha­n nyanyian dan tarian untuk menambah unsur tradisi sambutan Gawai seperti ngajat tetapi ia tidak boleh menyimpang jauh daripada cara sambutan.

“Jika tarian sebegini dipersemba­hkan di pub, majlis perkahwina­n atau kesyukuran, itu terpulang kepada penganjur,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut Chambai berkata, SDNU Sibu tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Beliau berkata, memandangk­an ia melibatkan kaum lain menganjurk­an acara seumpama itu, penganjur perlu merujuk atau mendapatka­n nasihat daripada tuai rumah, pemanca atau temenggung.

“Sekiranya masih raguragu, mereka sentiasa boleh berunding dengan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) supaya ia tidak menyimpang jauh daripada sambutan Gawai yang biasa diraikan,” katanya.

Namun begitu Chambai berkata, acara ini harus menjadi pengajaran kepada mereka yang berhasrat untuk menganjurk­an perayaan sebegitu pada masa hadapan.

“Jangan mencipta sendiri sesuatu aturcara melibatkan persembaha­n untuk meraikan Gawai.

“Tanya ketua masyarakat kita atau mereka yang arif tentang adat kita.

“Penganjur mungkin merasakan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi bagi komuniti kita, kita tidak dapat menerimany­a.

“Jadi mereka kena peka dengan cara kita menyambut Gawai dan Gawai sepatutnya disambut dengan cara yang betul.

“Ia tidak sukar, mereka harus tahu kerana mereka sering mengunjung­i rumah panjang semasa Gawai,” katanya.

Tarian yang menimbul kontrovers­i itu merupakan antara hiburan yang dipersemba­hkan pada Sambutan Gawai Dayak anjuran bersama Parti Demokratik Progresif (PDP) Bawang Assan dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah di sebuah hotel di sini Sabtu lalu.

Tetamu pada majlis itu ialah Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dr Annuar Rapa’ee.

 ?? ?? CHAMBAI
CHAMBAI
 ?? ?? GRAMONG
GRAMONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia