Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Miri jayakan Majlis Gawai-Raya 2022

-

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mengadakan Majlis Gawai-Raya 2022 di pekarangan IPD Miri di sini, semalam.

Dimeriahka­n dengan reruai yang menyajikan pelbagai hidangan lazat disediakan oleh pegawai dan anggota jabatan-jabatan di IPD Miri, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, sambutan majlis perayaan seperti ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk mengeratka­n lagi semangat perpaduan.

“Sambutan perayaan ini memberikan mesej yang jelas betapa pentingnya kita saling memahami, hormatmeng­hormati dan menghargai kepelbagai­an budaya yang ada di negara kita.

“Malah yang lebih penting, keunikan budaya itulah yang menjadi tunjang kepada kekuatan perpaduan, kemakmuran dan kemajuan kita selama ini sesuai dengan semangat Keluarga Malaysia,” katanya dalam ucapan pada majlis tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan kekal komited bagi memastikan semua ahli masyarakat dapat menjalani rutin kehidupan dengan rasa selamat dan harmoni dalam suasana negara yang aman.

“Adalah menjadi harapan saya sebagai KPD Miri yang baharu agar majlis ini dapat memberi peluang kepada semua warga IPD Miri, dif-dif jemputan dan hadirin semua untuk merapatkan hubungan sambil menikmati juadah yang disediakan.

“Manfaatkan majlis seperti ini agar kita semua dan juga warga IPD Miri dapat mengenali dengan lebih dekat pelbagai perayaan, tradisi dan warisan tradisiona­l rakyat pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Alexson turut menyampaik­an sumbangan kepada balu-balu anggota polis.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan KPD Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol.

 ?? ?? MERIAH: Alexson (dua kiri) dan Mohd Sabri (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan polis di salah sebuah reruai yang disediakan.
MERIAH: Alexson (dua kiri) dan Mohd Sabri (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan polis di salah sebuah reruai yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia